PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Maqis, Shamsul Akbar Sulaiman mendedahkan pindaan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) telah mendapat kelulusan dasar di peringkat kementerian dan beberapa proses penelitian lanjut... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Maqis, Shamsul Akbar Sulaiman mendedahkan pindaan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) telah mendapat kelulusan dasar di peringkat kementerian dan beberapa proses penelitian lanjut sedang dibuat sebelum ia dapat dibentangkan ke Parlimen.

"Pindaan Akta 728 bukanlah berkisar kepada perluasan kuasa Maqis sahaja, bahkan pindaan ini adalah bagi memastikan aspek kawalan biosekuriti dan pematuhan terutamanya yang melibatkan perdagangan antarabangsa komoditi pertanian dapat dilaksanakan dengan lebih baik untuk menjamin keselamatan industri pertanian dan makanan negara.

"Ini juga selari dengan perkembangan semasa di mana aktiviti perdagangan rentas sempadan yang semakin berkembang dan dinamik.

"Bagi memastikan peranan dan fungsi Maqis terus relevan, beberapa pindaan kepada Akta 728 yang telah digubal 10 tahun dahulu perlu dibuat,” katanya.

Beliau menjangka pindaan ini dapat diluluskan pada pertengahan tahun ini.

Jelas Shamsul Akhbar, had kuasa yang ada kepada Maqis hari ini adalah terhad di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin swasta sahaja.

"Jadi, dengan adanya perluasan kuasa dan sekiranya ada berlaku kesalahan di luar pintu masuk, kita masih ada kuasa untuk mengambil tindakan bagi kesalahan yang berlaku.

"Contohnya jika ada kes di sebuah premis di Klang, Selangor, kita ada kuasa untuk geledah, sita dan sebagainya.

"Buat masa ini kita hanya di pintu masuk dan sekiranya terlepas, kita akan minta bantuan daripada pihak berkuasa lain contohnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan kastam untuk membantu kita,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca