SHAH ALAM - Aktiviti ‘mencuci’ wang haram oleh pihak sindiket dan penjenayah kewangan bakal lumpuh dengan tambahan 13 kesalahan baharu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Aktiviti ‘mencuci’ wang haram oleh pihak sindiket dan penjenayah kewangan bakal lumpuh dengan tambahan 13 kesalahan baharu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Pengubahan wang haram ialah proses yang digunakan oleh pihak penjenayah untuk menukar hasil yang dijana daripada aktiviti haram kepada hasil yang sah di sisi undang-undang.

Aktiviti jenayah pengubahan wang haram itu merupakan isu sejagat yang membawa banyak implikasi buruk kepada ekonomi sesebuah negara.

Antara kes-kes yang boleh dikaitkan dengan pengubahan wang haram di peringkat bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ialah seperti aktiviti perniagaan cetak rompak, perniagaan barang-barang tiruan, penyelewengan barang kawalan bersubsidi serta urusniaga tidak sah jualan langsung dan skim piramid.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, dengan pewartaan akta tersebut sebagai satu kesalahan berat baharu menjadikan usaha untuk membanteras aktiviti pengubahan wang haram lebih berkesan.

"Melalui tindakan penguatkuasaan pengubahan wang haram ini, secara tidak langsung ia akan membantu pihak kerajaan untuk membanteras dan melumpuhkan aktiviti-aktiviti jenayah perdagangan dalam negeri ke peringkat akar umbi terutama kes-kes yang dikategorikan sebagai bersindiket dan terancang. Kes ini mungkin boleh membawa kemusnahan dan menggugat perkembangan ekonomi serta kehilangan hasil negara,” katanya dalam satu temu bual khas di Putrajaya pada Isnin.

Pegawai penguat kuasa Seksyen AMLA KPDNHEP merampas silinder gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di Klang.

Jelas beliau, tindakan penguatkuasaan akan menghalang penjenayah bersindiket pengubahan wang haram terbabit menggunakan dana-dana haram itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti haram yang lain.

"Selain itu, ia juga akan memberi kesan yang detterant kepada pihak-pihak yang lain dan menyumbang kepada kesejahteraan perdagangan domestik Malaysia,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Azman berkata, KPDNHEP melalui Bahagian Penguat Kuasa telah diberi amanah untuk menguatkuasakan akta tersebut.

"Tujuan penguatkuasaan akta ini di peringkat KPDNHEP adalah untuk membanteras isu-isu berhubung pengubahan wang haram yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti jenayah bersindiket perniagaan haram cetak rompak, barang tiruan, penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

"Contohnya, Gas Petroleum Cecair (LPG), minyak masak, diesel, petrol dan sebagainya, serta urusniaga jualan langsung dan skim piramid yang menyalahi undang-undang.

Pegawai penguat kuasa Seksyen AMLA KPDNHEP merampas minyak masak dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand.

"Penguatkuasaan pencegahan pengubahan wang haram merupakan satu tindakan berkonsepkan pemulihan hasil negara (revenue recovery) iaitu pendekatan pelucuthakan harta-harta haram penjenayah yang dihasilkan melalui aktiviti haram,” ujarnya.Hukuman

Sehubungan itu, beliau berkata, mereka yang disabitkan dengan kesalahan tersebut bakal menerima hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau denda sehingga RM5 juta.

"Hukuman bagi kesalahan-kesalahan itu disabitkan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 mengikut kriteria atau parameter yang ditetapkan,” katanya.

BEKU RM308 JUTA

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azman memaklumkan, kes yang disiasat di bawah AMLATFPUAA 2001 telah membekukan hampir RM308 juta dan penyitaan bernilai RM204 juta ke atas harta alih dan harta tak alih milik individu dan syarikat sejak 2016.

"Daripada jumlah pembekuan dan penyitaan itu katanya, sebanyak RM58 juta wang dalam institusi kewangan telah hak dan dijadikan hasil kerajaan melalui kaedah pendakwaan di bawah Seksyen 55 dan tanpa pendakwaan Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 sejak lima tahun lalu.

"Kes pengubahan wang haram yang menyumbang kepada pelucuthakan terbesar melibatkan ‘skim piramid’ di bawah kesalahan prediket Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 pada 2018.

"Syarikat yang terlibat adalah Mface International Sdn Bhd kerana didakwa menerima RM122 juta hasil perolehan haram melibatkan aktiviti urusniaga skim piramid dan keputusan memihak kepada kerajaan iaitu syarikat tersebut didenda di bawah Seksyen 4(1) Akta AMLAFTPUAA 2001 sebanyak RM5 juta dan wang syarikat yang dihasilkan daripada aktiviti haram sebanyak RM55 juta juga dilucut hak dan dijadikan hasil kerajaan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca