SHAH ALAM - Semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk pengundi dan calon perlu meningkatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen. Pakar kesihatan awam... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk pengundi dan calon perlu meningkatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen.

Pakar kesihatan awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, SOP sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19 di dalam negara yang menurutnya kini berada pada tahap endemik.Katanya, selain tiga SOP utama iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan membasuh tangan, pihak terlibat dalam berkempen juga harus mengambil kira aspek keselamatan tempat mereka menjalankan kempen.

"Yang paling susah adalah penjarakan satu meter sebab bila mereka buat rapat umum, kadang-kadang mereka buat di dewan yang kecil dan tertutup. Jadi keadaan bersesak-sesak seperti itu berisiko untuk menyebabkan penularan.

"Untuk mereka yang berada di kawasan zon merah Covid-19, mereka mesti lebih berhati-hati dan memperketat amalan SOP masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari sementara tarikh mengundi awal pada 8 Mac.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa menyarankan agar semua pegawai bertugas dalam PRN tersebut melakukan pemeriksaan kendiri secara berkala selain turut mendapatkan dos penggalak.

Katanya, langkah itu juga perlu dilakukan oleh staf dan pegawai calon yang terlibat dalam penganjuran kempen sepanjang PRN berkenaan.

Klik di sini untuk terus membaca