DALAM Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini yang pastinya menarik perhatian orang ramai adalah apa yang akan berlaku dalam kem Pakatan Harapan (PH).
PKR akan guna lambang sendiri. Amanah dan DAP akan guna lambang PH. Khabarnya Tuk Seri Anwar Ibrahim yakin sangat lambang PKR lebih dikenal rakyat di bawah sana.
Awang rasa pelik aturan ini. Kita semua tahu lambang PH yang memenangkan Tuk Seri Anwar di Post Dickson dulu. Kita juga tahu PKR kalah teruk di PRN Sarawak.
Seramai 22 calon PKR hilang deposit di sana, daripada 28 orang, atau hampir 80 peratus calon mereka yang bertanding.
Memanglah ada 169 calon lain yang hilang deposit tapi mereka ramai calon Bebas dan tanpa sokongan parti utama.
PKR juga tewas di semua 11 kerusi yang ditandinginya di PRN Melaka. Apakah sebenarnya PKR ‘dikehendaki’ pada peringkat akar umbi masa ini memandangkan prestasi parti itu di Sarawak dan Melaka?
Awang rasa Tuk Seri Anwar kenalah lebih terbuka dan menerima tanggungjawab. Macam mana nak bertarung dalam PRU15 sekiranya tak sekata dalam soal lambang untuk PRN Johor?
Sedangkan masih ramai rakyat yang menaruh harapan pada PH sebagai pilihan. Tuk Seri Anwar kenalah terima hakikat mungkin rakyat di Sarawak dan Melaka menghantar mesej menolak pimpinan beliau, bukan PH seluruhnya.
Klik di sini untuk terus membaca