AWANG setuju dengan Majlis Presiden PH bahawa PRN Johor patut ditangguhkan. Ini memandangkan peningkatan angka jangkitan Covid-19 yang mendadak.
Hari semalam (Jumaat), kes jangkitan baharu adalah 20,939. Gelombang Omicron sedang melanda kita.
Pada pendapat Awang mengadakan PRN pada waktu ini amat tidak bijaksana dan berbahaya. Memang dari awal, Awang tidak setuju diadakan PRN baik di Melaka atau di Johor. Dalam kes Sarawak mungkin tak dapat dielakkan.
Memang dalam situasi kempen tertutup, yang untung adalah parti memerintah. Oleh sebab itu, PH minta supaya dibenarkan kempen secara terbuka.
Sekiranya kempen terbuka dibenarkan keadaan tambah buruk. Awang takut kita akan cecah angka jangkitan 30,000 atau lebih sehari dalam waktu terdekat.
Macam Awang tulis selalu, PRN Melaka dan Johor sebetulnya tidak perlu. Awang boleh bayangkan selepas ini negeri mana pula akan dipaksakan PRN, mungkin Kedah atau Perak? Semua ini mainan pihak-pihak tertentu yang ada agenda tersendiri.
Awang harap Tuk Seri Perdana Menteri ambil kira pandangan rakyat dalam soal ini.
Rakyat sudah jemu dengan permainan politik. Rakyat dalam kesusahan. Ekonomi baru dibuka.
Jika keadaan bertambah buruk apakah akan berlaku lockdown lagi? Bagaimana nasib rakyat nanti?
Klik di sini untuk terus membaca