SHAH ALAM - Ramai ibu bapa yang risau keadaan anak mereka yang terpaksa menggalas beg berat ke sekolah sehingga lebih tujuh kilogram (kg) yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang serius dan postur badan berubah. Kebimbangan itu berasas... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ramai ibu bapa yang risau keadaan anak mereka yang terpaksa menggalas beg berat ke sekolah sehingga lebih tujuh kilogram (kg) yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang serius dan postur badan berubah.

Kebimbangan itu berasas apabila Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Spinal, Hospital Sungai Buloh, Dr Amir Fariz Zakaria berkata, beg berat menyebabkan ketidakseimbangan kepada otot yang menyebabkan postur badan menjadi salah dan menyumbang kepada sakit belakang.

"Apabila pelajar kerap menggalas beg yang berat, badan mereka akan ke depan dan disebabkan itu, ia boleh menyumbang kepada sakit otot belakang dan mengganggu postur badan yang menyebabkan badan mereka melengkung.

"Pesakit akan mengalami sakit belakang daripada pinggang hingga ke leher dan bahu. Bagi mereka yang memakai beg sandang dengan sebelah tali, postur badan mereka pula akan menjadi senget sebelah,” katanya.

Tambahnya, menggalas beg berat sehingga menyebabkan sakit belakang itu dikategorikan sebagai Postural atau ‘Non-structural Scoliosis’ yang bersifat sementara.

Amir Fariz berkata, sekiranya seseorang itu memang mempunyai tulang yang bengkok, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan jika tiada tindakan segera dilakukan.

Skoliosis terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu struktural dan bukan struktural.

Bukan struktural atau Postural bukan disebabkan oleh struktur tulang namun ia berpunca daripada sakit belakang, lemah otot dan terseliuh dan tidak merosakkan tulang tetapi otot menjadi kejang.

"Contohnya, apabila seseorang itu membawa beg berat, postur badan akan menjadi bengkok sebelah namun apabila beban atau sakit itu sudah hilang, pembengkokan itu boleh melurus semula,” kata Dr Amir Fariz.

Katanya, struktural skoliosis pula terjadi oleh sebab umur, genetik atau jantina pada mereka yang memang mempunyai masalah struktur pada tulang dan memerlukan pemantauan yang jelas.

"Stuktural skoliosis terbahagi kepada beberapa punca tetapi yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah ‘idiopathic’ atau sebab yang tidak diketahui yang merangkumi dalam 80 peratus. Kebiasaannya, ia terjadi dalam kalangan remaja perempuan.

"Kebanyakan skoliosis yang struktural ini dikategorikan sebagai silence yang mana pesakit tidak perasan dia menghidap penyakit tersebut. Dia akan tersedar apabila dia mempunyai lengkuk di belakang badan atau bahu dan pinggang senget sebelah,” katanya.

Amir Fariz berpandangan apabila pelajar kerap memakai beg yang berat, mereka boleh mengalami sakit belakang daripada pinggang hingga ke leher dan bagi mereka yang memakai beg sandang dengan sebelah tali, postur mereka akan menjadi senget sebelah.

BERAT MAKSIMUM

Dr Amir Fariz yang juga ahli Malaysian Spine Society (MSS) berkata, kesan jangka panjang akibat pembengkokan tulang belakang kepada kanak-kanak boleh kekal dengan postur badan yang salah.

"Bentuk badan boleh kekal dengan postur yang salah dan membongkok. Otot pula boleh menjadi lembik daripada biasa.

"Selain itu, kesakitan lebih kerap berlaku atau berpanjangan disebabkan postur badan tersebut dan ini akan menghadkan pergerakan serta aktiviti,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Amir Fariz berkata, berat maksimum beg sekolah yang boleh digalas oleh murid agar tidak menyebabkan sakit otot belakang adalah 10 hingga 20 peratus daripada berat murid.

Amir Fariz berkata, kesan jangka panjang akibat pembengkokan tulang belakang kepada kanak-kanak adalah mereka boleh kekal dengan postur badan yang salah.

"Ada banyak kajian sudah dibuat dan umum mempersetujui bahawa berat beg tidak boleh melebihi 20 peratus daripada berat kanak-kanak itu sendiri. Dalam statistik Kementerian Pelajaran Malaysia, mereka mengesyorkan berat maksimum beg sekolah sebanyak 15 peratus.

"Lebih daripada itu, mereka akan cenderung kepada masalah sakit belakang dan perubahan postur. Program saringan skoliosis di Malaysia mendapati 2.5 peratus kanak-kanak menghidapi penyakit skoliosis di Malaysia,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca