SHAH ALAM - Seorang pensyarah bidang kejuruteraan elektronik di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman berjaya memenangi RM2,500 hasil peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke empat. Lee Sze Wei, 52, berkata, minatnya yang... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Seorang pensyarah bidang kejuruteraan elektronik di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman berjaya memenangi RM2,500 hasil peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke empat.

Lee Sze Wei, 52, berkata, minatnya yang gemar membaca surat khabar dan berita online berbahasa Melayu itu menjadi faktor dia melanggan Sinar Premium sekali gus menjadi pemenang bertuah.

"Saya memang gemar membaca semua jenis surat khabar termasuk surat khabar berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

"Namun, untuk media dan berita bahasa Melayu, saya lebih cenderung membaca Sinar Harian dan Sinar Premium berbanding portal berita lain,” katanya kepada Sinar Premium.

Sze Wei yang menetap di Subang Jaya, Selangor itu berkata, kandungan-kandungan berita yang disediakan oleh Sinar Premium amat menarik untuk dibaca terutamanya laporan khas yang disajikan kepada pembaca.

"Setakat ini kandungan-kandungan berita dari Sinar Premium sangat memuaskan dan saya berharap mereka dapat meneruskan berita analisis berkaitan politik dan ekonomi yang lebih kritis untuk pembaca.

"Saya suka membaca berita segelintir penulis yang menulis berdasarkan pandangan mereka. Saya juga amat menyukai laporan khas yang menarik oleh Sinar Premium seperti isu penipuan kandungan daging lembu,” katanya.

Sze Wei berkata, dia hanya menyedari peraduan tersebut apabila menerima e-mel sebagai pemenang bertuah RM2,500, pagi Jumaat.

"Saya tidak tahu dan tidak sedar mengenai peraduan tersebut. Saya melanggan bukan disebabkan peraduan tetapi kerana sudah terbiasa membaca semua berita-berita di Sinar Harian.

"Saya terkejut dan seolah-olah tidak percaya apabila menerima e-mel tentang perkhabaran berita gembira itu. Saya kemudiannya terus menelefon Sinar Harian sebagai langkah berhati-hati untuk benar-benar mengesahkan kemenangan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, dia merupakan pembaca tegar Sinar Harian sehingga cenderung untuk melanggan Sinar Premium demi mendapatkan berita yang lebih kritis dan eksklusif.

"Sudah menjadi kebiasaan saya membaca berita online di Sinar Harian. Namun, ada beberapa artikel yang memerlukan saya melanggan Sinar Premium untuk membaca berita yang lebih menarik.

"Oleh itu, tanpa membuang masa, saya juga turut melanggan Sinar Premium sebanyak RM66.20 setahun. Sebelum ini, saya juga pernah melanggan Pakej Kombo E-paper Sinar Harian bersama The Star pada harga RM199 untuk bacaan selama setahun,” katanya.

Selain itu, dia turut mencadangkan orang ramai untuk melanggan Sinar Premium kerana ia sangat berbaloi dengan berita-berita yang disajikan kepada pembaca.

"Sekiranya ada orang yang minat untuk tahu isu semasa tentang politik dan ekonomi terutamanya berkaitan dengan masyarakat Melayu, mereka patut langgan Sinar Premium kerana ia sangat berbaloi,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca