PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan ahli partinya supaya tidak menghiraukan hal remeh-temeh yang berbangkit dalam kerjasama dijalinkan bersama parti pembangkang lain. Beliau berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan ahli partinya supaya tidak menghiraukan hal remeh-temeh yang berbangkit dalam kerjasama dijalinkan bersama parti pembangkang lain.

Beliau berkata, ahli PKR sebaliknya perlu memberikan tumpuan terhadap kerja untuk memberikan kesedaran terhadap rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Saya ingin nasihatkan rakan-rakan PKR untuk tumpu menyedarkan rakyat. Kita pengalaman sengsara lebih lama.

"Parti kita seperti saya sebut tahun lalu parti derita dan parti orang susah. Yang menyokong kita ramai yang muda dan berpendapatan rendah.

"Tumpu kerja, jangan ambil kisah sangat tentang hal remeh-temeh yang berbangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas provokasi yang dilaporkan berlaku di media sosial antara ahli PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)

Sementara itu, Anwar memaklumkan PKR berkemungkinan besar akan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik untuk bertanding pada PRN Johor.

Beliau berkata, bagaimanapun persoalan mengenai kemungkinan mencalonkan Maszlee sebagai Menteri Besar masih belum dibincangkan oleh gabungan tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca