SHAH ALAM – Kebanyakan negara Eropah menerima sijil vaksinasi digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera sebagai bukti vaksinasi. Pengasas agensi pelancongan Trip Adik Beradik, Mohd Shaifulizam Kornia berkata, negara Eropah seperti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Kebanyakan negara Eropah menerima sijil vaksinasi digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera sebagai bukti vaksinasi.

Pengasas agensi pelancongan Trip Adik Beradik, Mohd Shaifulizam Kornia berkata, negara Eropah seperti Jerman, United Kingdom dan Switzerland membenarkan pelancong Malaysia untuk akses ke negara mereka menggunakan sijil digital berkenaan tanpa sebarang sekatan.

"Setakat ini kami tidak berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk akses ke negara Eropah. Mungkin kejadian di Filipina hanya kes terpencil.

"Bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang, mungkin kerajaan perlu menaik taraf sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan akses pihak berkuasa di negara terlibat,” katanya.Terdahulu media melaporkan, seramai 15 pelancong dari Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila selepas kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke Filipina oleh pihak imigresen kerana mendakwa mereka tidak mengiktiraf sijil vaksin yang dikeluarkan di Malaysia.

Sementara itu, Pengasas Barakah Umhaj Travel and Tours, Datuk Seri Razali Mohd Sham berpandangan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera sudah mempunyai maklumat lengkap dan memudahkan pihak berkuasa semua negara mengakses maklumat yang tertera."Sepanjang saya membawa jemaah haji dan umrah, kami tidak pernah ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana masalah sijil vaksinasi.

"Segala maklumat yang diperlukan terutama berkenaan vaksinasi sudah lengkap dalam sijil digital selain keperluan untuk memasuki sesuatu negara juga lengkap diisi.

"Kejadian di Manila itu mungkin hanya salah faham antara pihak berkuasa tempatan. Saya berharap isu sijil vaksin ini segera diselesaikan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca