SHAH ALAM - Siapa sangka seorang pemimpin Pas bertaraf Timbalan Menteri Besar Kelantan seperti Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah amat meminati bidang-bidang alam ghaib dan spiritual yang turut dipanggil ilmu metafizik oleh pihak barat. Lebih... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Siapa sangka seorang pemimpin Pas bertaraf Timbalan Menteri Besar Kelantan seperti Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah amat meminati bidang-bidang alam ghaib dan spiritual yang turut dipanggil ilmu metafizik oleh pihak barat.

Lebih menarik, perkara itu didedahkan sendiri oleh Naib Presiden Pas itu dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian baru-baru ini apabila beliau mengakui gemar membaca sebuah komik berjudul Dimension X yang popular di negara Barat apabila mempunyai waktu lapang.

Jelas beliau, penglibatan beliau dalam dunia politik menyebabkan masa untuk membaca buku amat terhad, justeru amalan membaca komik menjadi pilihan kerana ia dapat melahirkan satu kreativiti.

"Saya juga gemar membaca komik sebab dapat melahirkan satu kreativiti. Sebahagian daripadanya juga ada asasnya.

"Kita lihat di negara Barat, mereka tak percaya dengan alam ghaib tetapi dalam komik itu sendiri ada menceritakan tentang makhluk yang datang daripada Dimension X.

"Sebenarnya dalam Dimension X, itulah alam ghaib, alam metafizik tetapi kalau di Barat mereka tak nak mengaku, maka mereka guna istilah itu.

"Dimension X adalah alam rohani, spiritual dan metafizik. Jadi ini perkara-perkara yang menarik perhatian saya," luah Nik Mohd Amar kepada Sinar Harian dalam satu wawancara eksklusif yang diadakan di bangunan Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Nik Mohd Amar juga turut membayangkan hasrat beliau untuk kembali semula ke alam universiti sebagai seorang pensyarah sekiranya tidak lagi bergelar ahli politik suatu masa nanti.

"Saya rasa itulah yang paling sesuai dengan saya tetapi disebabkan tuntutan dan keperluan ummah, saya terpaksa tinggalkannya.

"Saya suka universiti kerana ada peluang untuk membaca. Kalau jadi pensyarah kita terpaksa membaca untuk kita mengajar. Kadang-kadang ada lebih tiga buku kita rujuk sebelum mengajar.

"Kemudian saya boleh berkongsi maklumat dan pengalaman dengan pelajar-pelajar selain menambahkan lagi ilmu pengetahuan," ujarnya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca