DI sebuah pejabat kempen sesak di Seoul, kakitangan-kakitangan muda dan bergaya menggunakan teknologi 'deepfake' bagi mencuba satu misi yang hampir mencapai kenyataan.
Mereka berusaha untuk membuat serta mewujudkan seorang calon Presiden Korea Selatan berumur pertengahan umur serta berperibadi tenang.
Berbekalkan rakaman wajah dan tubuh calon Presiden negara itu, Yoon Suk-yeol daripada parti pembangkang iaitu Parti Kuasa Rakyat, pasukan kempennya telah mencipta avatar digital peneraju bernama Al Yoon.
Ia dihasilkan bagi kempen awal sempena Pilihan Raya Presiden pada 9 Mac depan.
Sebelum ini, teknologi seumpama itu telah digunakan pada pilihan raya di Amerika Syarikat (AS).
Pada tahun 2018, satu rakaman video yang seolah-olah menunjukkan bekas Presiden AS, Barack Obama daripada Parti Demokrat memaki mantan Presiden negara itu, Donald Trump yang mewakili Parti Republikan menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian tentang bahaya teknologi penyuntingan video kontroversi.
Teknologi 'deepfake' ialah satu teknik untuk mengubah rupa paras seseorang pada gambar ataupun video dengan menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah.
Namun, menjelang Pilihan Raya Presiden Korea Selatan pada Mac depan, avatar digital itu yang bernama Al Yoon itu adalah calon rasmi dalam teknologi 'deepfake' pertama di dunia dan semakin mendapat tempat di negara berkenaan yang mempunyai purata kelajuan internet terpantas di dunia.
Dengan rambut hitam kemas yang disikat dan memakai sut lengkap, avatar itu kelihatan hampir sama dengan calon Presiden Korea Selatan daripada parti pembangkang tersebut dan menggunakan kata-kata sindiran sebagai usaha untuk menarik perhatian para pengundi muda yang memperoleh berita menerusi online.
AI Yoon itu juga telah menarik berjuta-juta tontonan sejak membuat kemunculan pertama pada 1 Januari lalu dan berpuluh-puluh ribu orang telah bertanya soalan kepada avatar digital tersebut.
"Presiden (Korea Selatan), Moon Jae-in dan (calon Presiden), Lee Jae-Myung sedang 'lemas'. Siapa yang anda akan selamatkan?" tanya seorang pengguna kepada AI Yoon.
"Saya berharap mereka berdua bernasib baik," kata avatar itu.
Sekali pandang, AI Yoon boleh lulus bagi menggantikan calon yang sebenar, namun teknologi video itu telah wujud di Korea Selatan sejak beberapa tahun lalu.
Calon Presiden Korea Selatan daripada Parti Kuasa Rakyat itu pernah merekodkan lebih daripada 3,000 ayat termasuk 20 jam audio dan video bagi menyediakan data yang mencukupi untuk sebuah syarikat teknologi 'deepfake' tempatan untuk mewujudkan avatarnya.
"Kata-kata yang sering diucapkan oleh Yoon dipertuturkan dengan lebih baik di dalam AI Yoon," kata seorang pengarah yang membina avatar Al Yoon, Baik Kyeong-hoon.
JAWAPAN LUCU
Apa yang sebenarnya dipertuturkan oleh avatar itu adalah berdasarkan kepada tulisan yang dihasilkan oleh pasukan kempen calon Presiden Korea Selatan daripada Parti Kuasa Rakyat itu.
Ia bukannya datang daripada calon itu sendiri.
"Kami cuba untuk datang dengan jawapan lucu dan menyindir," kata Kyeong-hoon kepada AFP.
Pendekatan penggunaan teknologi 'deepfake' itu telah berhasil apabila pengumuman tentang AI Yoon telah menjadi berita utama di media Korea Selatan manakala tujuh juta orang telah melawat laman web Wiki Yoon bagi bertanya soalan kepada avatar tersebut.
"Jika kita hanya hasilkan kenyataan politik yang betul, kita tidak akan mempunyai tindak balas ini. Kumpulan politik yang dominan terlalu perlahan bagi menghadapi masyarakat yang cepat berubah," katanya seperti dilaporkan oleh AFP..
Ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh para pengguna, AI Yoon mengejek merujuk kepada Presiden Korea Selatan dan pencabarnya Lee Jae-Myung sebagai 'Bulan Ding Dong' dan 'Lee Ding Dong'.
"Saya ingin bertanya soalan ini kepada Moon Ding Dong? Siapakah musuh sebenar kita," soal AI Yoon dengan para pengritik Presiden Korea Selatan itu menyatakan Presiden Korea Selatan tersebut melakukan pendekatan yang lembut terhadap Korea Utara.
Korea Utara dan Korea Selatan boleh dikategorikan masih berperang secara teknikal dan Jae-in telah bertemu dengan rakan sejawatannya dari Korea Utara, Kim Jong-un sebanyak empat kali namun pendekatan tersebut ditolak oleh Suk-yeol menolaknya kerana menganggap ia sebagai pendekatan terlalu berlembut dengan Pyongyang.
Al Yoon juga telah menggunakan humor untuk mencuba mengalihkan perhatian terhadap skandal yang pernah dihadapi oleh Suk-yeol seperti dakwaan beliau menerima hadiah buah-buahan daripada sebuah syarikat pembinaan ketika beliau adalah seorang pendakwa raya kanan.
"Saya tidak terhutang budi kepada pisang kaki dan tembikai. Saya hanya terhutang budi kepada penduduk ini." kata AI Yoon walaupun pasukan kempennya terpaksa mengakui calon Presiden Korea Selatan itu telah menerima hadiah.
Dalam pada itu, seorang kakitangan Jae-myung iaitu pencabar kepada Suk-yeol, menuduh avatar digital tersebut merendahkan
Namun, Suk-yeol didapati masih berada di hadapan Jae-myung dengan memperoleh sokongan pengundi muda. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca