AWANG tidak terkejut laporan banci negara yang terbaru menunjukkan bahawa lebih ramai lelaki daripada wanita di negara kita. Berdasarkan Banci 2020, terdapat 52.3 peratus jumlah kaum lelaki dan selebihnya. 47.7 peratus wanita. Ini bermakna... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tidak terkejut laporan banci negara yang terbaru menunjukkan bahawa lebih ramai lelaki daripada wanita di negara kita. Berdasarkan Banci 2020, terdapat 52.3 peratus jumlah kaum lelaki dan selebihnya. 47.7 peratus wanita.

Ini bermakna nisbah jantina bagi penduduk Malaysia adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita. Hanya di Wilayah Persekutuan Putrajaya nisbahnya adalah 100 wanita berbanding 96 lelaki.

Memang sejak sekian lama, dalam hampir semua bancian di negara kita terdapat lebih banyak lelaki daripada wanita. Tapi banyak kali Awang dengar hal sebaliknya diceritakan oleh sesetengah ustaz dan penceramah. Ada yang kata bagi setiap seorang lelaki ada 10 wanita. Semua itu nampaknya nak mewajarkan seseorang lelaki mengambil lebih daripada seorang isteri.

Daripada banci itu juga menunjukkan peratusan warga emas bertambah. Bagi yang berusia 60 tahun ke atas terdapat 10.4 peratus penduduk atau seramai 3.4 juta orang. Jumlah ini meningkat dari 8.0 peratus atau 2.2 juta orang 10 tahun yang lalu. Bagi mereka di bawah 14 tahun, terdapat 24 peratus.

Satu perkara penting hasil bancian ini adalah jumlah orang dalam sesebuah keluarga menjadi semakin kecil, sekarang menjadi 3.8 orang sahaja. Pada tahun 2010 purata satu keluarga Malaysia adalah 4.2 orang. Banci yang diumumkan oleh Tuk Seri Perdana Menteri itu juga menunjukkan Bumiputera mewakili 64.4 peratus penduduk sementara kaum Cina 23.2 peratus dan kaum India 6.7 peratus.

Klik di sini untuk terus membaca