HARGA median untuk rumah kos rendah di Johor telah melambung naik selama tiga tahun berturut-turut (2018-2020) di Johor terutama di Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat dan Muar. Sebagai contoh, pada tahun 2020 di Johor Bahru, 50 peratus rumah... Klik di sini untuk terus membaca

HARGA median untuk rumah kos rendah di Johor telah melambung naik selama tiga tahun berturut-turut (2018-2020) di Johor terutama di Johor Bahru, Kulai, Batu Pahat dan Muar.

Sebagai contoh, pada tahun 2020 di Johor Bahru, 50 peratus rumah kos rendah bernilai RM215,000 ke atas. Jika isi rumah dapat menyimpan RM1,000 sebulan untuk membeli rumah, mereka perlu menyimpan 17 tahun dan 11 bulan. Itu belum lagi bunga yang terpaksa dibayar apabila meminjam daripada bank.

Kenaikan harga rumah bukan masalah yang melanda Johor atau Malaysia sahaja. Dari California hingga ke Hong Kong, orang muda rata-rata tidak berupaya membeli rumah.

Ketidakupayaan memiliki rumah dan kadangkala menanggung sewa disebabkan pelbagai faktor termasuk kekurangan tanah, pertumbuhan populasi, pembelian rumah bagi tujuan pelaburan, rasuah yang meningkatkan kos pembinaan, paras gaji yang ketinggalan inflasi, malah kehilangan peluang pekerjaan kerana Revolusi Industri 4.0 (automasi).

Siapa yang boleh menawarkan penyelesaian, sama ada menambah penawaran rumah mampu dimiliki kebanyakan orang atau skim penyewaan rumah yang boleh bertahan sehingga hujung hayat?

Pada PRN Johor, daripada menuduh antara satu sama lain sebagai pengkhianat, lebih baik parti-parti menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai untuk masalah seperti harga rumah.

Usah bicarakan kestabilan jika kestabilan itu menjamin kerja menteri besar tetapi tidak menjamin pendapatan orang kebanyakan yang cukup untuk memiliki rumah.

Jika ada parti boleh menjanjikan penurunan, setidak-tidaknya penstabilan – harga atau sewa rumah di sekitar Johor, saya pasti ramai akan keluar mengundi. Jika mereka tidak sempat balik dari Singapura atau negeri lain pun, mereka akan mengundi secara pos.

Daripada menyeru rakyat mengundi untuk menunaikan kewajipan kepada negara, lebih baik parti-parti menunjukkan nilai undi dalam harga rumah atau perubahan yang boleh disukat dalam isu lain.Sebagai rakyat, kita harus ingat, negara ini milik semua rakyat, bukan golongan kayangan. Parti-parti dan ahli politik adalah kakitangan, bukan bos. Rakyat adalah bos mereka. Pilihan raya adalah temu duga mencari kerja mereka.

*Prof Wong Chin Huat (chinhuatw@gmail.com) seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihanraya, politik parti dan demokrasi berparlimen

INFO:

Harga median rumah kos rendah di Johor 2018-2020

- Tahun 2018

Negeri Johor 117,000

Johor Bahru 179,000

Kulai 100,000

Kota Tinggi 100,000

Batu Pahat 84,000

Muar 80,000

Pontian 80,000

Tangkak 60,000

Kluang 58,500

Mersing 86,000

Segamat 60,000

- Tahun 2019

Negeri Johor 140,000

Johor Bahru 190,000

Kulai 140,000

Kota Tinggi 77,500

Batu Pahat 90,000

Muar 85,000

Pontian 85,000

Tangkak 80,000

Kluang 70,000

Mersing 77,500

Segamat 65,000

- Tahun 2019

Negeri Johor 160,000

Johor Bahru 215,000

Kulai 170,000

Kota Tinggi 118,500

Batu Pahat 97,250

Muar 95,000

Pontian 80,000

Tangkak 76,000

Kluang 70,000

Mersing 70,000

Segamat 65,000

* Sumber: Jabatan Statistik Malaysia

Klik di sini untuk terus membaca