SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih dari segi sektor ekonomi berikutan kesan pandemik Covid-10 dan juga bencana banjir baru-baru ini. Justeru,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih dari segi sektor ekonomi berikutan kesan pandemik Covid-10 dan juga bencana banjir baru-baru ini.

Justeru, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,500 sepertimana diumumkan kerajaan sebelum ini.

"Saya merasakan kemahuan kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum pada masa ini adalah tidak sesuai kerana majikan memerlukan masa yang lebih lama untuk kembali pulih daripada kesan-kesan negatif Covid-19 dan banjir besar baru-baru ini.

"Majikan memerlukan masa yang lebih lama. Kita menjangkakan sekurang-kurangnya dua tahun untuk kembali pulih. Selepas itu, barulah kerajaan boleh membincangkan semula kadar kenaikan gaji minimum tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian edisi ke-324 bertajuk ‘Gaji Minimum RM1,500: Mampu atau Lingkup’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Program itu turut menampilkan dua panel jemputan iaitu pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Sembilan, Amirhamzah Karim manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Program Wacana Sinar Harian edisi ke-324 bertajuk ‘Gaji Minimum RM1,500: Mampu atau Lingkup’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan laporan pada tahun 2020 dan 2021, sebanyak 37,000 syarikat terpaksa gulung tikar sehingga hampir 6,000 pekerja hilang pekerjaan akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda negara.

"Melihat kepada perkembangan data pada tahun ini juga, kira-kira 6,000 lagi pekerja telah hilang pekerjaan setakat Januari lepas,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sekiranya kadar minimum gaji itu dinaikkan kepada RM1,500, maka berlaku peningkatan aliran wang tunai sekitar RM12 juta sehingga RM16 juta.

"MEF sendiri ada membuat perkiraan, data menunjukkan bahawa setiap RM100 peningkatan gaji minimum, ia akan meningkatkan aliran wang tunai sehingga RM4 bilion setahun. Jadi, bayangkan kalau kita meningkatkan kepada RM1,500?

"Tiada masalah kalau kita tingkatkan gaji, tetapi bukan dengan menetapkan gaji minimum,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca