SHAH ALAM - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berpendapat pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 itu harus ambil kira pelbagai faktor. Yang Dipertua DPMM Negeri Sembilan, Amirhamzah Karim berkata, ini termasuklah mengambil kira... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berpendapat pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 itu harus ambil kira pelbagai faktor.

Yang Dipertua DPMM Negeri Sembilan, Amirhamzah Karim berkata, ini termasuklah mengambil kira daripada segi bayaran gaji bulanan dan juga per jam selain melihat kepada kecekapan pengurus perniagaan.

"Kita menjangkakan negara akan mempunyai seramai tiga juta pekerja sambilan menjelang tahun 2023. Jadi, jumlah pekerja sambilan ini semakin lama semakin tinggi berbanding jumlah pekerja yang mendapat gaji tetap.

"Justeru, DPMM sendiri sedang membincangkan formula terbaik yang boleh dilakukan sama ada kita perlu naikkan gaji minimum secara penuh atau melihat kepada gaji per jam,” katanya.

Dia berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian edisi ke-324 bertajuk ‘Gaji Minimum RM1,500: Mampu atau Lingkup’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Program Wacana Sinar Harian edisi ke-324 bertajuk ‘Gaji Minimum RM1,500: Mampu atau Lingkup’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Program yang dimoderatorkan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan sebagai panel jemputan.

Dalam pada itu, Amirhamzah berkata, sebagai pengurusan perniagaan, ia juga harus mengambil kira dari segi bentuk kerja yang dilakukan, termasuklah penggunaan teknologi.

"Dengan cara tersebut, penglibatan pekerja juga akan berubah. Maka, kita boleh mempertingkatkan gaji upah sebanyak RM1,500 sesuai dengan kecekapan yang wujud.

"Ramai akan mengatakan bahawa gaji ini mesti selaras dengan produktiviti. Kita kena faham negara sudah berubah ke zaman digitalisasi. Jadi, ini bermaksud kecekapan perniagaan sepatutnya ditingkatkan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca