AWANG belum baca buku tentang korupsi dan kemunafikan dalam politik Melayu Muslim tulisan Profesor Emeritus Tan Sri Mohamad Kamal Hassan. Tapi Awang ikuti wawancara beliau dengan Tan Sri Johan Jaaffar di FB Sinar Harian. Awang angkat topi... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG belum baca buku tentang korupsi dan kemunafikan dalam politik Melayu Muslim tulisan Profesor Emeritus Tan Sri Mohamad Kamal Hassan. Tapi Awang ikuti wawancara beliau dengan Tan Sri Johan Jaaffar di FB Sinar Harian.

Awang angkat topi pada beliau kerana begitu berani dan berterus terang. Beliau nampaknya begitu kecewa dengan pemimpin Melayu Islam yang mengkhianati amanah yang diberikan pada mereka.

Banyaklah perkara yang beliau bangkitkan yang patut jadi iktibar bersama.

Beliau kata pemimpin hari ini kebanyakannya sudah dipengaruhi oleh budaya kebendaan dan sistem politik yang sudah hilang nilai-nilai yang baik.

Beliau kata sepatutnya wujud satu sistem budaya politik yang berteraskan rasa tanggungjawab pada ALLAH Maha Pencipta.

Beliau berikan satu contoh kemunafikan atau hipokrasi di kalangan pemimpin Melayu Islam. Sepatutnya berbohong itu salah di sisi Islam, tapi dalam politik hari ini nampaknya 'tak bohong itu bodoh.'

Beliau juga berkata selagi tidak ada transformasi atau perubahan, keadaan masa depan politik Melayu Islam akan jadi lebih teruk.

Oleh sebab itu beliau mahukan persatuan dan institusi memainkan peranan menyedarkan ummah.

Beliau sokong penuh gerakan rakyat seperti Rasuah Busters untuk menentang rasuah dan kemunafikan.

Klik di sini untuk terus membaca