NAMPAKNYA yang paling rugi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah orang Melayu. Awang rasa memang berlaku 'temasya perpecahan' yang teruk kali ini. Mana tidaknya, semua parti yang berteras Melayu akan bertanding melawan satu sama lain.
Jikalau ikut banci terbaru, Melayu/Bumiputera mewakili 64 peratus rakyat Malaysia. Lebih kurang begitu jugalah peratusan pengundi di kalangan mereka. Walaupun orang Cina hanya 23 peratus, mereka bijaksana menggunakan undi mereka. Undi Melayu sudah pasti berpecah.
Baik Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Warisan dan Muda, semuanya sasarkan undi Melayu. Lagipun peratusan orang Melayu di Johor tinggi. Secara tradisinya orang Johor sokong UMNO dan BN. Walaupun berlaku perubahan pada tahun 2018, tetapi banyak yang percaya, sokongan itu tidak akan berulang lagi dalam PRN kali ini.
Pada pendapat Awang sekiranya semua parti atau gabungan parti-parti lain berperang sesama sendiri, yang untung adalah BN. Oleh sebab itu banyak orang ramalkan BN menang besar di Johor kali ini. Sejarah PRN Melaka dan Sarawak akan berulang. Awang setuju, banyak calon yang akan hilang deposit kali ini.
Ada yang kata Parti Muda akan jadi penentu. Maaflah, penyokong mereka tidak berkumpul di satu tempat, sebaliknya berselerak dan tidak akan beri kesan yang besar. Awang doakan calon Warisan tidak dimalukan di Johor. Nasihat Awang pada Tuk Seri Shafie Apdal, tak usah habis masa dan tenaga di Johor dalam PRN kali ini.
Gelanggang dah penuh sesak!
Klik di sini untuk terus membaca