SHAH ALAM - Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, menawarkan diri sebagai Penasihat Ekonomi Johor jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti bukan bertujuan menjadikan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, menawarkan diri sebagai Penasihat Ekonomi Johor jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti bukan bertujuan menjadikan Menteri Besar sebagai 'boneka', sebaliknya selari dengan 'sunnah' ditinggalkan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, Ketua Penerangan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd Solihan Badri, menasihatkan pemimpin UMNO supaya tidak terlalu berfikiran sempit kerana tindakan Muhyiddin berkenaan bukan sesuatu yang pelik dan sudah menjadi amalan biasa termasuk di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Mohd Solihan berkata, tidak salah jika Muhyiddin dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Johor nanti kerana bekas Perdana Menteri kelapan itu mempunyai banyak pengalaman dan berfikiran jauh.

Mohd Solihan

"Kita kena ikut apa yang Nabi Muhammad buat, jangan kita mengikut perompak. Jadi bagi saya tiada isu mana-mana pemimpin PN terutama Bersatu yang dilantik menjadi Menteri Besar Johor nanti akan menjadi boneka kepada Muhyiddin.

"Malah, tiada mana-mana individu atau pemimpin Bersatu menguasai orang lain sebab kami berjalan di atas landasan digariskan oleh perlembagaan parti bukan seseorang individu dalam parti.

"Kita mesti mengikut pemimpin yang mempunyai sifat 'universal' dan personaliti yang baik bukannya kumpulan perompak atau kleptorasi," katanya ketika kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan peorang pemimpin Pemuda UMNO yang menempelak kempen PN yang mahu menjadikan Muhyiddin sebagai penasihat ekonomi Johor jika mereka memenangi PRN pada 12 Mac depan.

Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros berkata, idea yang ditawarkan PN itu menunjukkan gabungan terbabit ketandusan tokoh yang layak menjadi pemimpin.

Noor Azleen berkata, PN gagal menawarkan pemimpin kepada kira-kira 2.6 juta pengundi di Johor ketika ini.

"Dengan peranan Muhyiddin sebagai Penasihat Ekonomi Johor, bermakna Menteri Besar Johor daripada PN, jika mereka memenangi PRN nanti - fungsinya tidak lebih sedikit daripada menjadi boneka.

"Menteri Besar sebegitu akan sentiasa berada di bawah telunjuk Muhyiddin. Pastinya pemimpin yang sebegitu lemah dan rela membiarkan dirinya berada di bawah telunjuk mana-mana individu tidak layak memimpin Johor," katanya.

PENGALAMAN LUAS

Sementara itu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau percaya Muhyiddin menawarkan diri sebagai Penasihat Ekonomi Johor kerana beliau mempunyai pengamalan luas dalam mentadbir Malaysia dan sebagai Menteri Besar Johor.

Malah, Sahruddin yang juga bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata, Bersatu juga mempunyai barisan kepimpinan yang berkhidmat dalam kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sahruddin

"Justeru, saya melihat pemimpim UMNO memang jenis suka bersangka buruk. Apa sahaja yang Bersatu buat dimesti dipertikaikan. Jadi UMNO perlu berlapang dada dan fokus membantu rakyat bukan merampas kuasa ketika mereka menghadapi kesusahan akibat penularan Covid-19.

"Malah, sebagai bekas Menteri Besar saya bangga jika ada pemimpin berpengalaman seperti Muhyiddin menawarkan diri untuk menjadi Penasihat Ekonomi Johor jika PN menang PRN nanti," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca