SHAH ALAM - Jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia sudah sampai ke tahap sangat serius.
Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, buktinya sekarang banyak berlaku kes sumbang mahram, rogol dan liwat membabitkan kanak-kanak.
"Malahan, ramai ibu bapa datang berjumpa saya meminta khidmat kaunseling buat anak-anak mereka ekoran mereka telah ketagih video lucah.
"Bila tengok video sebegitu, mereka terangsang dan menirunya kerana masih belum matang untuk bezakan perbuatan itu baik atau tidak hinggakan berlakulah jenayah sumbang mahram, rogol, liwat bahkan yang lebih teruk ada yang melakukan seks sesama jantina,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Hushim menjelaskan, berdasarkan sesi kaunseling yang dilakukannya, rata-rata kanak-kanak mengaku suka menonton video lucah tanpa rasa malu kerana mereka tidak tahu ia suatu perbuatan yang salah.
"Ada kanak-kanak yang cakap pada saya ‘Atuk, saya tengok benda tu seronok sangat’.
"Situasi ini jelas menunjukkan pemikiran mereka yang masih belum tahu membezakan perkara baik dan buruk hinggakan ada juga yang berani meniru aksi yang dilihat dengan orang lain termasuk dengan saudara kandung sendiri.
"Contohnya dalam satu kes yang saya kendalikan, ada seorang budak lelaki berusia lapan tahun cuba meraba kakaknya yang berumur sembilan tahun dan bila saya tanya kenapa buat begitu, dia cakap ‘best’ buat macam tu,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca