SHAH ALAM - Segala isu yang berkaitan dengan agama Islam seharusnya dibincangkan dan dilakukan di mahkamah syariah, kata Peguam Maha Lawyers, Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman. Menurut beliau, ini kerana, di mahkamah tersebut mempunyai fatwa... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Segala isu yang berkaitan dengan agama Islam seharusnya dibincangkan dan dilakukan di mahkamah syariah, kata Peguam Maha Lawyers, Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman.

Menurut beliau, ini kerana, di mahkamah tersebut mempunyai fatwa yang bertepatan dan dapat membincangkan perkara yang benar atau salah di sisi agama Islam.

"Sebagai contoh, apabila Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) ini telah dibatalkan, bermakna telah gugur dengan sendiri. Ia akan mengakibatkan pihak berkuasa tidak boleh mengharamkan Sister In Islam (SIS) lagi.

"Hal ini mendukacitakan kita. Hari ini (Selasa) pula, Mahkamah Tinggi telah memutuskan buku Gay is Okay! A Christian Perspective telah diangkat pengharamnya oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Timbul satu per satu kes yang kita sifatkan kemenangan bagi pihak liberal. Bagaimanapun kita sedar bahawa pihak autoriti atau peguam Majlis Agama Islam ada perancangan tertentu untuk memartabatkan Islam di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi ke-325 yang bertajuk Anak Mualaf: Agama, Undang-undang dan Keluarga yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya dan Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan manakala Amin Idris sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Zulsyahmi berharap agar satu undang-undang baru dapat digubal bagi menggantikan Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang telah terbatal tersebut.

"Ia bagi memberikan sesuatu bidang kuasa yang lebih jelas kepada Mahkamah Syariah bahawa semakan kehakiman yang dibuat hanya dibuat berkenaan isu-isu agama Islam dan pihak yang terkait.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meminda undang-undang untuk beri kejelasan bidang kuasa semakan kehakiman di Mahkamah Syariah dan juga perlu ada pindaan Perlembagaan lebih jelas,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca