New York - Harga minyak mentah melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, yang dipacu sentimen konflik Rusia dan Ukraine. West Texas Intermediate diniagakan AS$94 (RM393) setong, manakala harga minyak mentah Brent... Klik di sini untuk terus membaca

New York - Harga minyak mentah melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, yang dipacu sentimen konflik Rusia dan Ukraine.

West Texas Intermediate diniagakan AS$94 (RM393) setong, manakala harga minyak mentah Brent meningkat melepasi paras AS$96 (RM401) setong, tertinggi sejak September 2014.

"Kebimbangannya ialah jika ketegangan di Eropah Timur memuncak, sebahagian daripada bekalan ini mungkin terganggu secara sengaja atau didorong oleh perpecahan politik yang bukan sahaja menjejaskan tenaga tetapi juga komoditi lain,” kata Giovanni Staunovo, penganalisis komoditi di UBS Grup AG.

Sementara itu, krisis Rusia-Ukraine iaitu dua pengeluar gandum dan jagung terbesar di dunia juga telah menyebabkan harga komoditi itu meningkat.

"Sama ada perang dan ia (harga komoditi) akan meningkat atau ia (harganya) turun kerana keadaan aman,” kata Gautier Le Molgat, penganalisis di syarikat perunding Agritel.

Harga pasaran bijirin bertukar tiga kali dalam masa kurang 24 jam baru-baru ini.

Rusia dan Ukraine menyumbang hampir satu pertiga daripada perdagangan gandum dunia.

Negara paling terjejas merupakan negara pembeli gandum terbesar daripada kedua-dua negara berkenaan iaitu Mesir, Turki, Indonesia dan Maghribi yang akan terpaksa mencari gandum di tempat lain.

Ini menyebabkan negara-negara tersebut sanggup membeli pada harga yang lebih tinggi sekali gus melonjakkan harga gandum dunia.

Harga gandum dan jagung kini 17 peratus lebih tinggi berbanding harga pada tahun lalu. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca