AWANG rasa pelik, mengapa susah sangat nak selesaikan masalah beg murid yang berat. Ia bukan cerita baharu.
Sejak lama kita sudah dengar murid bawa beg yang berat. Jadi sengsara mereka pikul beg yang ada kalanya lebih lapan kilogram!
Ini tahun 2022, abad ke-21! Takkanlah hal itu tak settel lagi kata orang muda sekarang! Kementerian Pendidikan patutnya sudah tahu bahawa hanya 28 peratus kandungan beg berisi buku teks.
Kita semua tahu murid hari ini tak bawa buku teks sahaja. Sebahagian besar guru-guru tak guna pun buku teks untuk mengajar. Guru guna buku kerja.
Sia-sialah DBP terbit buku teks wajib berpuluh juta ringgit. Buku kerja itu dijual kepada murid sebagai 'buku wajib'. Macam paksaan juga ibu bapa diminta beli. Jadi kalau ada 10 mata pelajaran, murid bawa 10 buku teks dan 10 buku kerja, mana tak berat beg.
Patutnya kementerian buat dasar, hapuskan buku kerja yang dibekalkan oleh penerbit swasta. Pastikan guru hanya guna buku teks dan bukan bergantung pada buku kerja.
Awang juga rasa kementerian patut fikirkan konsep 'sifar buku' dalam sistem pengajaran kita.
Gunakan teknologi terbaharu. Lengkapkan sekolah dengan peralatan pendidikan masa depan. Perkuatkan WiFi di sekolah.
Jadikan pembelajaran dalam kelas lebih canggih guna papan elektronik dan lain-lain.
Klik di sini untuk terus membaca