PELIK bin ajaib sesetengah orang kita! Kita semua mendoakan agar ujian Covid-19 'negatif', tapi ada pula mahukan ujian itu keputusannya 'positif'. Tujuannya untuk dapat cuti kuarantin! Sampai begitu sekali perbuatan sesetengah pekerja untuk... Klik di sini untuk terus membaca

PELIK bin ajaib sesetengah orang kita! Kita semua mendoakan agar ujian Covid-19 'negatif', tapi ada pula mahukan ujian itu keputusannya 'positif'.

Tujuannya untuk dapat cuti kuarantin! Sampai begitu sekali perbuatan sesetengah pekerja untuk menipu.

Awang tak tahulah apakah untungnya mereka berbuat demikian. Menipu majikan satu hal, tapi melakukan kerja demikian dengan pengetahuan keluarga, tiada rasa malukah?

Jikalau mereka beragama Islam, tak ingatkah amanah yang dituntut daripada mereka? Tak ada rasa bersalah atau rasa berdosakah mereka? Orang seperti ini memang patut dibuang kerja!

Walaupun mereka dapat cuti kuarantin apa yang boleh mereka buat, takkan mereka bebas keluar berjalan oleh sebab orang tahu mereka bertaraf positif?

Awang percaya yang banyak buat kerja tu ialah mereka yang sebangsa dan seagama dengan Awang. Memang Awang rasa malu pada orang lain. Ia bukan budi pekerti Melayu atau amalan mereka yang beragama Islam.

Awang sokong tindakan seorang sarjana yang mahukan majikan paksa pekerja disyaki menjalani ujian Real Time Reverse Transcription- Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Hal itu boleh dibuat di hospital atau klinik bagi tujuan pengesahan.

Awang juga setuju kerajaan keluarkan senarai jenama Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Antigen) di pasaran bagi membendung penipuan. Ada yang berpendapat wujud jenama berkualiti rendah dan tidak boleh dipercayai.

Klik di sini untuk terus membaca