SHAH ALAM- Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak bukan disebabkan protes Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang. Saintis politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak bukan disebabkan protes Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang.

Saintis politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC), Sunway University, Profesor Dr Wong Chin Huat berkata kekalahan PH di Melaka dan Sarawak tidak boleh dikaitkan atau dirumuskan sebagai ketidakpuasan kepada MoU.

"Ramai akar umbi, pemimpin kanan dalam PH tidak suka dengan MoU ini kerana ini dianggap satu permainan yang baharu,” katanya dalam program bual bicara dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, MoU itu sebenarnya menukar interaksi antara kerajaan dan pembangkang.

"Pembangkang ada peluang meluaskan pengaruhnya, dia juga terpaksa jadi baik, dia tidak boleh menyerang sahaja dan ada ramai ahli politik pembangkang mereka tiada kemahiran yang lebih baik selain daripada menyerang,” jelasnya.

Katanya lagi, apa yang dijanjikan dalam MoU kerajaan dan PH sebenarnya mencapai perubahan daripada yang lepas.

"Cuma saya boleh kata konsultasi ahli Parlimen dalam perancangan belanjawan itu mungkin tidak cukup mendalam tapi yang lain hampir mencapai. Tiga lagi yang belum capai, dua akan dicapai dalam bulan Mac ini,” katanya.

Tambahnya lagi, salah satu daripadanya adalah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti serta had penggal bagi Perdana Menteri dalam Sidang Parlimen.

"Pada bulan Julai ini Akta Perkhidmatan Parlimen dijangka bakal diperkenalkan semula bagi memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca