RIYADH - Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan tanggal 22 Februari sebagai Hari Penubuhan baharu dan didedikasikan sebagai Hari Kebangsaan di negara itu.
Pengumuman itu ditetapkan melalui titah diraja yang dikeluarkan oleh pemerintah Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud sebagai memperingati hari Imam (mantan raja) Mohammed Saud yang telah menubuhkan Diriyah sebagai sebuah negara kota autonomi pada 1727.
”Kami menghargai ulang tahun penubuhan negara yang diberkati ini pada 1727. Sehingga ke hari ini, ia telah meletakkan asas kepada pencapaian keamanan, kestabilan dan keadilan,” titah pemerintah Saudi, Salman Abdulaziz al-Saud.
Acara tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 22 Februari di seluruh negara dengan pelbagai pengisian yang dapat dimanfaatkan oleh rakyatnya seperti perarakan, persembahan opera, persembahan cahaya dan persembahan udara, ekspo dan pameran yang berlangsung sepanjang tiga hari di Arena Show, Riyadh.
Satu majlis perarakan dan persembahan secara besar-besaran dengan tema ‘perjalanan pertama’ di Wadi Namar, salah sebuah lokasi pelancongan di selatan Riyadh.
Seramai 3,500 peserta terdiri daripada artis, pemuzik, pelakon dan penyanyi terlibat dalam menjayakan persembahan serta perarakan tersebut.
Persembahan tersebut terbahagi kepada 10 babak dengan konsep lukisan panorama yang diinspirasikan daripada pebagai era penubuhan Arab Saudi sepanjang tiga dekad yang lalu dan dimeriahkan dengan persembahan puisi epik menerusi teater muzikal.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Putera Faisal Bandar al-Saud.
Menubuhkan negara baharu bukanlah sesuatu yang mudah, ia dibina dengan keringat, darah dan air mata.
Setelah 300 tahun, Arab Saudi kini ia telah membangun dengan pesat dengan banyak kemudahan yang ada pada hari ini disediakan untuk masyarakat Arab Saudi malah ekonomi juga berkembang dengan pesat.
Meraikan majlis sedemikian membantu membina identiti negara walaupun asal-usulnya yang sederhana.
Sehingga hari ini, Diriyah merupakan simbol kepada keazaman dan kebanggaan Saudi.
Negara Saudi moden tidak lahir daripada revolusi anarki atau perjuangan kemerdekaan pasca kolonial, ia adalah kehendak rakyat tempatan yang menginginkan sebuah negara dan membinanya dari titik permulaan.
Negara Saudi dilihat dengan kebijaksanaan negarawan keturunan Imam Mohammed Saud yang membentuk pakatan dan memimpin pertempuran demi mewujudkan negara baharu.
Pengorbanan ini bukan sahaja dirasai oleh Imam Mohammed Saud malah ia juga pengorbanan rakyat yang bersama berjuang ke arah kemajuan Riyadh.
Perayaan itu sewajarnya disambut oleh rakyat Saudi demi mengekalkan sebuah negara yang damai dan harmoni.
Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Qattan berkata, sambutan Hari Penubuhan Arab Saudi ini berbeza dengan Hari Kebangsaan yang disambut pada 23 September 1932.
"Sebenarnya ia bermula pada abad ke-18 iaitu pada tahun 1727. Itu adalah permulaan pertama penubuhan negara Arab Saudi. Kami mahu menunjukkan kepada seluruh dunia tentang sejarah negara kami yang sangat mendalam,” jelasnya.
Tidak kiralah sama ada mereka di tanah air sendiri mahupun di perantauan, jika dilihat di Malaysia mereka menggunakan konsep perpaduan untuk menyatukan rakyat mereka.
Hal ini penting untuk membuka minda generasi muda memperingati kewujudan perpaduan itu melalui sejarah dan nenek moyang mereka.
Hari Penubuhan Saudi ini mengingatkan perjuangan sejati Imam Mohamed Saud untuk mencapai perpaduan.
Sambutan itu menunjukkan pengorbanan yang patut dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Klik di sini untuk terus membaca