PADA Khamis lepas, jumlah jangkitan Covid-19 mencecah 32,070. Ia merupakan angka tertinggi pernah direkodkan. Hari itu juga mencacatkan 46 kematian. Ada yang kata, walaupun varian Omicron mudah berjangkit tapi kesannya tak seburuk varian... Klik di sini untuk terus membaca

PADA Khamis lepas, jumlah jangkitan Covid-19 mencecah 32,070. Ia merupakan angka tertinggi pernah direkodkan. Hari itu juga mencacatkan 46 kematian.

Ada yang kata, walaupun varian Omicron mudah berjangkit tapi kesannya tak seburuk varian sebelum ini. Ada yang kata Omicron adalah "varian pengakhiran” virus ini.

Maknanya ada harapan virus ini akan berkurang kekuatannya dan mungkin akan hilang. Atau tinggal macam demam selesema yang biasa.

Bukanlah Awang pakar perubatan tapi harap-harap begitulah. Kita pun dah hidup dalam suasana Covid-19 lebih dua tahun.

Bagus sangatlah kalau kita melangkah pada fasa endemik selepas ini.

Banyak negara sudah terima hakikat bahawa rakyatnya harus hidup dengan Covid-19. Mereka sudah mula buka sempadan.

Rakyat tak perlu lagi pakai pelitup muka atau patuhi jarak sosial.

Negara-negara ini sudah ambil sikap, mereka akan teruskan kehidupan sosial, ekonomi dan politik macam dulu-dulu.

Kerajaan kita pun nampaknya sedang berfikir ke arah itu. Walaupun masih perlu pada pelitup muka dan jarak sosial tapi dalam hal yang lain sudah ada kelonggaran.

Misalnya keputusan terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa mereka yang ada kontak rapat tetapi sudah sepenuhnya divaksin dan dapat vaksin penggalak tak perlu kuarantin lagi.

Awang minta kerajaan buat pengumuman terbuka mengenai langkah masuk ke era endemik ini agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Apakah itu cara yang betul dengan jumlah jangkitan harian yang semakin tinggi?

Klik di sini untuk terus membaca