SATU masa dulu, sesekali Awang tengok juga "telenovela” atau drama bersiri dari Amerika Latin.
Apa yang didedahkan oleh seorang pegawai kanan Goldman Sachs dalam perbicaraan yang sedang berjalan di New York sekarang memang hebat.
Awang rasa penulis telenovela pun tak terfikir nak tulis jalan cerita seperti itu.
Tim Leissner menjadi saksi utama kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam pendakwaan terhadap Roger Ng, seorang warganegara Malaysia yang dikatakan ada kaitannya dengan skandal 1MDB.
Leissner mendakwa beliau "terbabit” dengan beberapa orang wanita Malaysia, salah seorang ialah bekas pemimpin syarikat media yang besar. Seorang lagi ialah anak pemimpin politik berpengaruh yang dekat dengan Perdana Menteri ketika itu.
Kata Leissner, anak perempuan Bossku Tuk Seri Najib pun pernah mohon dapatkan kerja di syarikat raksasa itu melalui beliau. Leissner juga dakwa bahawa suami mantan Gabenor Bank Negara juga telah diberikan wang untuk tujuan tertentu. Dakwaan Leissner memang mengejutkan. Soalnya betul atau tidak apa yang dikatakannya? Mungkin beliau nak lepaskan diri. Mereka yang terbabit ada yang sudah buat penafian keras.
Bagaimanapun Awang setuju pihak berwajib buat siasatan terhadap individu-individu yang disebutkan oleh pegawai perbankan itu.
Nampaknya kes 1MDB ini belum berakhir lagi. Macam telenovela juga, bersambung lepas satu episod, satu episod yang lain.
Klik di sini untuk terus membaca