MUAR - Pemimpin Tertinggi Perikatan Nasional (PN), mengesahkan kewujudan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU). Pengerusi PN... Klik di sini untuk terus membaca

MUAR - Pemimpin Tertinggi Perikatan Nasional (PN), mengesahkan kewujudan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, biarpun penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan PRU15 adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri mengikut Perlembagaan, namun mereka mencapai kata sepakat supaya rundingan dilakukan terlebih dahulu, sebelum pengumuman dibuat.

"Antara perjanjian yang kita lakukan antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PN adalah untuk menentukan tarikh PRU15 mesti dirundingkan dengan kita terlebih dahulu.

"Walaupun, ia kuasa prerogatif adalah Perdana Menteri, ikut Perlembagaan tetapi kalau beliau berada di sini kerana sokongan kami, maka sewajarnya ada perbincangan bilakah masa yang sesuai untuk diadakan PRU15 kerana ia soal sudut hubungan kita dengannya," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di kediamannya di Muar baru-baru ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan UMNO-BN akan meneruskan legasi seperti mana di PRN Melaka dan kemungkinan besar mereka akan desak supaya PRU15 diadakan segera.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau percaya Ismail Sabri akan berhadapan dengan masalah dalam parti semasa Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Mac nanti kerana besar kemungkinan ia bakal digunakan sebagai medan mendesak Perdana Menteri untuk mengadakan PRU15 lebih awal.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Jadi apakah dengan sebab itu Perdana Menteri akan tunduk kepada tekanan itu atau pun dia akan ambil pertimbangan lain termasuklah perbincangan dengan kita. Jadi ini antara perkara-perkara yang mungkin umum orang tidak mengetahui.

"Jadi, ia harus diteliti dan dilihat cara macam mana? Justeru mungkin pilihan raya tidak boleh dielakkan, soalnya masa pasal bagi saya PRU itu perlu diadakan supaya ketidakstabilan dan ketidaktentuan yang masih berlaku sekarang ini menyebabkan pelabur menunggu di pintu tidak masuk dahulu harus diselesaikan.

"Jawapannya adalah mandat baru yang rakyat akan beri kepada mana-mana parti untuk bentuk kerajaan. Itu tidak boleh dielakkan, soalnya masa belum lagi. Jadi, saya tidak akan meneliti apa muslihat UMNO, apa muslihat UMNO? Muslihat UMNO adalah waktu mana (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi masih presiden dia hendak tentukan dalam PRU dia boleh kekal," katanya.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan berkata, beliau tidak boleh andaikan apa tujuan muslihat Ahmad Zahid jika kerajaan pusat masih dikuasai UMNO selepas PRU15.

"Saya tidak mahu ramal tapi pakar-pakar politik boleh ramal kemungkinan-kemungkinan apa sebab dia hendakkan begitu. Saya tidak akan tunduk kepada soal-soal sebegitu, yang penting pertimbangan kita, negara kita, kestabilan politik kita dengan mewujudkan kerajaan yang agak stabil, boleh melaksanakan amanah itu kuncinya," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata sebagai sebuah negara demokrasi beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan gabungan parti politik mana akan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15 nanti.

"Berbalik kepada soal pokok juga, ini soal demokrasi, rakyat nanti akan membuat penentuan siapa kerajaan yang layak. Jadi, itu akan sampai waktu, ketika bila PRU15 diadakan.

"Jadi, bukan soal desakan satu pihak, mungkin itu tapi ada pertimbangan lain termasuk kami dalam PN, pasal kami pendokong kerajaan pusat dan kami majoriti di peringkat kerajaan Persekutuan dari segi jumlah kerusi. Itu yang saya hendak nyatakan di sini," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca