SHAH ALAM - Menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad, mendedahkan kewujudan 'Geng Jebon' dan golongan 'ahli syurga' yang merosakkan parti berkenaan.Zaharuddin yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata,... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad, mendedahkan kewujudan 'Geng Jebon' dan golongan 'ahli syurga' yang merosakkan parti berkenaan.

Zaharuddin yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata, masalah besar waktu beliau lawan geng Jebon dulu bukan isu Jebon itu sendiri, tetapi soal 'ahli syurga' dalam Pas.

"Saya boleh gambarkan bahawa Jebon yang betul-betul Jebon ini, hanya dalam 10 peratus sahaja. Yang betul faham dan lawan Jebon pun sekitar 10 peratus juga.

"Tetapi golongan ahli syurga ini sekitar 40 peratus dan yang tak sampai info sekitar 40 peratus. Golongan 'ahli syurga' ini sebenarnya faktor utama jebon boleh menang.

"Ahli syurga yang saya maksudkan ialah mereka ini beranggapan bila duduk dalam Pas macam duduk dalam syurga, tiada syaitan dan tiada iblis.

ZAHARUDIN


"Bila disampaikan berita pemimpin jahat, mereka terus tolak kerana dalam Pas ini semua baik, macam dalam syurga. Jadi tiada istilah tabayun walau berita kita bawa itu adalah naba' (berita besar dan penting), bukan khabar (berita biasa), sedangkan ALLAH perintah kita tabayun apabila datangnya nab' walau daripada orang fasik.

"Naba' itu tentang masa depan parti, tentang keselamatan dasar dan teras parti, bukan cerita pimpinan kahwin 4 atau pimpinan garang dengan bini," kata Zaharuddin dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zaharudin berkata, sikap golongan 'ahli syurga' adalah 'excited' dengan pemimpin berpengaruh dan aktivis pernah diturunkan surah al-Munafikun apabila berita konspirasi oleh Abdullah bin Ubai yang dibawa oleh Zaid bin Arqam ditolak oleh kaum mauslimin.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa atau kem manakah yang didakwa Zaharudin dengan dua gelaran itu.

Sebelum ini timbul desas-desus beberapa kem dalam parti Pas iaitu yang memihak kepada kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional dan satu lagi kem yang mahu bersama Bersatu menerusi Perikatan Nasional. Klik di sini untuk terus membaca