AWANG angkat topi pada Tan Sri mantan Perdana Menteri (PM) yang nampaknya begitu lantang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Antara lain beliau dedahkan ada pemimpin tertinggi UMNO yang datang bawa fail minta selesaikan kesnya di... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG angkat topi pada Tan Sri mantan Perdana Menteri (PM) yang nampaknya begitu lantang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Antara lain beliau dedahkan ada pemimpin tertinggi UMNO yang datang bawa fail minta selesaikan kesnya di mahkamah.

Sewaktu jadi PM pun beliau tegaskan berkali-kali, beliau tidak akan campur urusan mahkamah. Awang puji sangat tindakan itu.

Apa yang orang nampak sekarang adalah beliau dan partinya bertarung hebat di Johor. Ada yang kata Bersatu akan kalah teruk di Johor. Bersatu tidak ada harapan untuk menang walaupun satu kerusi. Tapi semangat juang Tan Sri mantan PM nampak sebaliknya. Beliau begitu yakin Bersatu akan terus relevan selepas PRN Johor. Sama-samalah kita lihat nanti.

Cuma Awang nak ingatkan Tan Sri mantan PM, bahawa beliaulah robohkan rumah yang dibina oleh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Rakyat memilih Pakatan Harapan (PH). Tapi di tengah jalan, Tan Sri mantan PM mengkhianati kawan-kawan dalam PH. Beliau juga tidak hormati keputusan rakyat Malaysia.

Beliau tak boleh salahkan orang lain apa yang berlaku pada partinya hari ini. Bersatu yang bawa masuk UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). Hari ini, UMNO dah berkuasa. UMNO akan tinggalkan Bersatu. Oleh sebab itu orang tua-tua kata, berhati-hatilah memilih kawan.

Ada padi ada beras, ada budi ada balas.

Klik di sini untuk terus membaca