AWANG terkejut juga berita bahawa 79,873 orang pelajar kita akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka semua dapat keputusan cemerlang ijazah sarjana muda kelas pertama.
Awang nak beri tahniah pada mereka. Bagus sangat kalau buat kejayaan semacam itu. Tapi apabila jumlah seramai itu dapat kelas pertama, banyak pihak mula bertanya, semudah itukah untuk dapat gred tertinggi di universiti kita pada masa ini?
Awang sekadar nak tahu kualiti pendidikan pada peringkat tertinggi negara. Awang tak pedulilah kalau peruntukan sebanyak RM2.06 bilion dikecualikan oleh sebab kejayaan itu.
Apabila Menteri Pengajian Tinggi berkata, daripada jumlah itu, 11,287 adalah dari negeri Johor, maka Awang rasa elemen politik dimasukkan untuk untungkan pihak tertentu menjelang PRN.
Awang dan ramai orang juga bertanya tentang begitu banyak penerima ijazah PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Seingat Awang, graduan PhD bagi UPM pada 2019 adalah 632 orang dan tahun lalu 400 orang. Sekali lagi bukanlah Awang nak persoalkan bilangan mereka yang peroleh PhD. Khabarnya sebuah universiti penyelidikan seperti UPM memang patut lahirkan graduan PhD yang ramai.
Seperti juga jumlah mereka yang dapat ijazah kelas pertama, nilai PhD takut turun juga darjatnya disebabkan bilangan yang begitu banyak.
Klik di sini untuk terus membaca