SELEPAS empat hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung, Kuda Kepang nampak Barisan Nasional (BN) begitu bersungguh-sungguh 'menyerang' kawasan utara Johor.
Antara kawasan terlibat ialah Batu Pahat, Muar dan Pagoh yang dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, BN hanya mampu memenangi dua daripada 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Satu ketika dahulu memang kawasan ini semua adalah kubu kuat UMNO dan dikatakan sebagai 'fix deposit' untuk BN, tetapi semua itu tidak berlaku selepas PRU14.
Tertapi tertanya-tanya juga Kuda Kepang mengenai strategi BN menggempur bahagian utara ini yang bertujuan untuk mengurangkan pengaruh Muhyiddin ini adakah akan membuahkan hasil atau tidak.
Sejak penamaan calon pada Sabtu, pemimpin-pemimpin kanan BN mula turun satu persatu dimulai ‘Bossku’ Datuk Seri Najib Tun Razak yang pergi ke Pagoh.
Ia kemudiannya diikuti oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turun berkempen di Ayer Hitam.
Difahamkan jentera UMNO dari tiga buah negeri juga turut ditugaskan untuk mengempur habis-habis bagi menafikan pengaruh Muhyiddin yang popular sebagai Abah semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Kuda Kepang, BN nampaknya perlu bekerja keras untuk mengurangkan pengaruh Abah di bahagian Utara Johor ini.
Dari sesi sembang-sembang Kuda Kepang dengan orang-orang lama di Muar, mereka lihat Abah telah banyak memberi bantuan semasa Covid-19.
Klik di sini untuk terus membaca