SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menyifatkan kes rasuah di negara ini seperti penyakit kanser kronik tahap empat. Menerusi penilaiannya, Mohd Annuar yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menyifatkan kes rasuah di negara ini seperti penyakit kanser kronik tahap empat.

Menerusi penilaiannya, Mohd Annuar yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berkata, hanya sebilangan individu sahaja yang dilihat masih berpegang kepada integriti dan ‘bersih’ berbanding mereka yang lakukan rasuah.

"Pada saya kalau kanser sudah tahap empat, sampai pada keadaan yang merasakan ada berapa peratus lagi yang tidak lakukan begitu (rasuah). Ada berapa peratus lagi yang mempunyai integriti dan tidak terperangkap (dalam gejala rasuah).

"Sehinggakan dalam institusi agama juga, di kalangan petugas-petugas di masjid pun akan cuba (mengambil rasuah) walau sedikit, melalui pembekal makanan untuk jamuan di masjid. Kalau ada peluang untuk mencari ruang mendapatkan 10 atau 20 sen pun akan dicari,” katanya pada Program Bersama Johan Jaafar di Kompleks Karangkraf, baru-baru ini.

Mohd Annuar

Mohd Annuar berkata, perbuatan rasuah sudah menjadi norma dalam golongan masyarakat di negara ini dan ia jelas dapat dilihat dalam aktiviti harian melibatkan peniaga, orang politik dan kenamaan malah berlaku juga di restoran.

"Saya pernah makan di sebuah restoran di Tapah dan bila dah habis makan saya minta resit sebab nak claim perbelanjaan makan. Orang restoran boleh tanya saya, jumlah makanan adalah RM60 tetapi nak suruh dia tulis resit berapa.

"Saya tanya apa maksudnya? Dia kata ini (tipu jumlah resit) biasa apabila orang pejabat sekitar Tapah, sekolah pun termasuk, kalau makan RM60, mereka suruh tulis RM80. Jadi kalau begitu, bermakna ia sudah jadi norma," ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Mohd Annuar berkata, MAIPk telah menetapkan khutbah kedua Jumaat di negeri itu menyelitkan doa supaya negara dijauhkan daripada pemimpin yang terlibat rasuah.

"Jadi itu sebab salah satu usaha perjuangan membanteras rasuah setelah saya di beri amanah untuk mengetuai majlis agama negeri, saya minta dalam khutbah kedua Jumaat di Perak untuk didoakan kepada ALLAH supaya menyerahkan tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan negara kepada orang yang amanah, juju, ikhlas, tegas lagi berani untuk menegakkan keadilan dan kebenaran berlandaskan hukum (Islam).

"Selain itu doa dijauhi kita semua daripada kuasa (memerintah) diserahkan kepada orang-orang yang melakukan rasuah dan pecah amanah.

"Kalau 600 masjid dan beberapa ratus lagi surau mendirikan (solat) Jumaat, kita berdoa dalam khutbah, saya percaya dan yakin doa ini ALLAH akan makbul,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca