SHAH ALAM - Tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk menang lebih dua pertiga atau 38 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini adalah realitisik.
Malah, pemerhati dan penganalisis politik berpandangan BN dan UMNO mampu menang lebih 40 daripad 56 kerusi DUN dalam PRN Johor nanti kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran termasuk perpecahan dalam kalangan parti pembangkang sekarang.
Penganalisis politik dan geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, beliau melihat sasaran diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan adalah realistik dan munasabah kerana BN dan UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu menang di 75 hingga 80 peratus kerusi ditandingi mereka, pada PRN Johor kali ini.
Azmi yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) berkata, beliau percaya BN melahirkan keyakinan menang lebih 38 kerusi DUN pada PRN kali ini kerana kelemahan dan perpecahan yang ketara wujud dalam kalangan gabungan pembangkang.
Malah, beliau berkata, keadaan itu menjadi lebih teruk apabila sebahagian besar parti Pakatan Harapan (PH) seperti PKR, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memilih untuk bersaing sesama sendiri.
"Biarpun PKR, Pejuang, Warisan dan Muda adalah parti pembangkang namun mereka lebih suka bertanding menggunakan logo masing-masing dan bertembung sesama sendiri di beberapa kerusi DUN tertentu. Jadi ini akan memecah undi rakyat Johor kepada pembangkang, sekali gus memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di kawasan terbabit.
"Jadi dengan mengambil kira faktor undi kepada parti pembangkang yang berpecah dan undi kepada BN kekal utuh maka saya percaya jumlah kerusi bakal dimenangi BN/UMNO pada PRN Johor nanti akan melebihi 38 kerusi.
"Malah, jika lebih 80 peratus penyokong tegarnya keluar mengundi maka saya rasa angka 38 kerusi bakal dimenangi BN/UMNO pada PRN Johor kali ini adalah agak konservatif atau dengan kata lain mungkin menjadi lebih 40 kerusi," katanya katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium.
Klik di sini untuk terus membaca