KUDA Kepang berkesempatan berjalan-jalan di beberapa lokasi sekitar Kota Tinggi, Johor dan bertemu dengan para pengundi terutama di kawasan kampung.
Salah seorang daripada pengundi yang ingin dikenali sebagai Pak Ngah mengatakan dia akan turun mengundi parti yang telah dipilihnya sejak dari muda lagi.
Pak Ngah yang kelihatan sudah menjangkau usia lebih lapan dekad itu berkata, mengundi itu satu kewajipan dan hak rakyat.
Ujarnya, negara merdeka pun disebabkan rakyat mahukan hak tersebut.
"Saya tidak kira, dari mula saya hidup susah, itulah (parti yang) saya ikut,” kata Pak Ngah yang sudah menjadi pengusaha tanaman kelapa sawit di kampung itu sejak berusia awal 30-an.
Bagaimanapun, di sebalik kesetiaan Pak Ngah itu, dia turut menyuarakan kekesalannya terhadap beberapa pemimpin parti politik yang disokongnya itu.
Katanya, pemimpin yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri seharusnya malu terhadap rakyat.
Menurut Pak Ngah masih ramai berada dalam kategori ‘orang susah’ terutamanya yang duduk di bandar.
Bagi Kuda Kepang, inilah suara hati daripada seorang pengundi veteran, namun ia amat berbeza dengan golongan anak muda.
Kuda Kepang mendapati kebanyakan daripada mereka hanya mengatakan tidak tahu dan minat langsung tentang politik.
Lebih menyedihkan, mereka juga tidak dapat membuat kepastian sama ada akan keluar mengundi atau tidak.
Klik di sini untuk terus membaca