JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mendedahkan tidak akan menggunakan strategi mengetengahkan calon menteri besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Pengerusi... Klik di sini untuk terus membaca

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mendedahkan tidak akan menggunakan strategi mengetengahkan calon menteri besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sehingga kini masih tiada rundingan pada peringkat pimpinan bagi senarai calon Menteri Besar tersebut.

Menurutnya, calon tersebut bukan perkara utama bagi PH.

"Kita tidak ada perbincangan bagi bagi calon menteri besar daripada PH, memang tidak ada.

"Bukan nak berselindung, memang tiada. Jadi itu bukan perkara utama, sebaliknya ialah untuk menyampaikan hasrat rakyat dalam pilihan raya ini.

"Dalam ucapan pemimpin pun kita tegaskan cara kita mewakili rakyat dan membela nasib mereka dan mengangkat suara rakyat.

"Kita kena menangkan calon-calon kita supaya mereka boleh benar-benar mewakili rakyat dan melihat kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas Program jelajah bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gambir, Pagoh pada Rabu malam.

Apabila ditanya mengenai Dr Maszlee Malik sebagai calon menteri besar, beliau berkata, ia adalah spekulasi daripada media dan bukan parti.

"Saya pun tak keluarkan apa-apa kenyataan dan itu adalah sebagai anggapan daripada pihak media.

"Itu mungkin perkiraan dan perbincangan yang berlaku. Kalau ditanya rakyat di bawah kita tak bincang pun pasal perkara ini. Kita full stop kat situ dan biarkan fokus kepada agenda rakyat,” katanya.

Tambah Syed Ibrahim, strategi PH adalah untuk menang dan bukan mendepankan calon menteri besar.

SYED IBRAHIM

Di AYER HITAM, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, parti itu mempunyai beberapa calon bertanding pada masa ini yang mampu memegang jawatan Menteri Besar Johor.

"Saya harap rakyat akan memberikan kemenangan kepada kita. Maka, pada masa itu kita akan namakan menteri besar,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam pada Khamis.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kemungkinan untuk bergabung dengan parti lain sekiranya menang untuk membentuk kerajaan negeri Johor.

"Ada parti lain sebulu dengan kita yang berpegang kepada prinsip haramkan rasuah.

"Kalau mereka berpegang kepada prinsip yang sama, kita rela bekerjasama dengan mereka untuk mencukupkan bilangan supaya kita dapat tubuhkan kerajaan,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca