DALAM peperangan mesti ada strategi untuk menang, tanpa perancangan yang betul, pihak yang terlibat akan melangkah ke medan tempur bukan untuk menang tetapi menempah maut.
Sama macam pilihan raya juga, kena ada taktikal yang mampu mematahkan serangan musuh dan mencapai misi atau objektif yang kita mahu capai.
Kekuatan yang perlu ada dalam sesebuah pasukan itu mestilah terdiri daripada pasukan tentera yang kuat, peralatan perang yang hebat dan panglima yang berkaliber.
Namun ada satu lagi elemen penting dalam peperangan ialah perang psikologi untuk menawan hati dan minda musuh, rakyat dan juga tentera sendiri.
Jadi Kuda Kepang lihat, dalam semua parti yang bertanding dalam PRN Johor ini semua parti sudah ada elemen penting ini. Semua sudah tahu ilmu perang dalam pilihan raya.
Cuma yang paling ‘junior’ dalam pilihan raya ialah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). Tetapi mereka ambil langkah bijak kerana membuat pakatan bersama dengan PH. Bagaimanapun, yang menimbulkan persoalan ialah calon-calon Bebas dan parti yang bertanding secara sendirian. Kuda Kepang sendiri tertanya-tanya dengan nasib mereka ini.
Kalau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) memang sukar calon Bebas dan parti solo ini hendak menang kecuali ketika Pilihan Raya Umum (PRU) atau di Sabah dan Sarawak yang mana peluang untuk mereka menang itu memang ada.
Bagaimanapun, Kuda Kepang berharap agar mereka terus berjuang agar tidak kehilangan wang deposit.
Klik di sini untuk terus membaca