AWANG tak terkejut apabila Menteri Kesihatan umumkan bahawa separuh orang dewasa di Malaysia mengalami masalah obesiti atau gemuk tubuh badan. Angka yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin adalah 50.1 peratus. Menurut beliau, angka itu... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak terkejut apabila Menteri Kesihatan umumkan bahawa separuh orang dewasa di Malaysia mengalami masalah obesiti atau gemuk tubuh badan. Angka yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin adalah 50.1 peratus.

Menurut beliau, angka itu terdapat dalam laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019).

Kata beliau lagi, kadar obesiti itu meningkat dengan mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2006, angkanya adalah 14 peratus, tahun 2011 menjadi 15.1 peratus dan tahun 2015 sebanyak 17.7 peratus. Jadi kalau tahun 2019 pervalen obesiti jadi 50.1 peratus, maka itu peningkatan 2.8 kali dari tahun 2015.

Hal ini tentulah membimbangkan. Awang rasa cara hidup dan amalan pemakanan kita menjadi punca utamanya. Orang sekarang makan nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk, roti canai dan mi goreng sebagai sarapan.

Orang dulu makan benda yang sama tetapi pergi ke sawah, ladang atau ke laut. Orang sekarang masuk ke pejabat.

Kata orang cara hidup berubah tapi tabiat makanan kita tidak. Lagipun pun banyak rakyat kita malas beriadah atau mengeluarkan peluh.

Awang sokong sangat Khairy wujudkan Jawatankuasa Kerja Menangani Masalah Obesiti di bawah kementeriannya. Tapi usaha itu perlu dapatkan sokongan rakyat.

Klik di sini untuk terus membaca