TERKEJUT beruk Awang apabila dengar kenyataan Bossku mantan Perdana Menteri (PM) bahawa sesen pun prinsipal hutang 1MDB tak perlu dibayar oleh kerajaan.
Kata beliau sejak PRU14 hingga kini, pelbagai entiti termasuk kumpulan Goldman Sachs, firma audit KPMG dan Deloitte, AmBank serta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sudah pulangkan dana 1MDB sejumlah RM23 bilion kepada Malaysia.
Menteri Kewangan kata, walaupun prinsipal hutang itu tidak dibayar oleh sebab belum sampai tarikh matang, tapi kerajaan sudah mula membuat bayaran faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion.
Kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul, kenyataan Bossku mantan PM tidak berasas.
Bossku mantan PM macam nak beritahu rakyat, memang 1MDB ada hutang, tapi jangan risau, ada orang lain bayarkan, rakyat tak keluar sesen pun. Padanlah ahli Parlimen pembangkang melenting dengan kenyataan itu. Semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab pada skandal kewangan terbesar negara, malah di dunia.
Pada masa ini juga sedang berjalan perbicaraan seorang pegawai tinggi firma Goldman Sachs di New York.
Saksi utama bagi pihak kerajaan, Tim Leissner beri macam-macam keterangan yang memeranjatkan. Ada soal sogokan, wanita yang didampingi, cerita peras ugut dan pembelian apartmen berharga RM40 juta. Terdapat pula nama-nama besar yang disebutkannya.
Apakah Bossku mantan PM buat tak kisah drama yang berlaku di New York? Atau beliau anggap itu masalah orang lain?’
Di negara lain ramai rakyatnya yang mati akibat tak makan.
Di negara kita pula banyak kematian adalah disebabkan terlebih makan. Cara pemakanan kita menyebabkan banyak rakyat menghidap pelbagai penyakit.
Klik di sini untuk terus membaca