KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini memasuki minggu terakhir dan setiap calon, jentera parti semakin bergerak pantas serta menyebar luas pembawaan mereka.
Malah macam-macam idea dan strategi yang digunakan oleh setiap parti, ada pula calon yang memasuki kawasan-kawasan kampung, Felda dan bandar untuk menyantuni penduduk.
Malah, penganjuran ceramah pun semakin dipergiatkan oleh calon dan pucuk pimpinan parti disebabkan tempoh ceramah telah dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.
Ada juga parti yang menggunakan media sosial, anjuran sukan futsal dan bola sepak untuk meraih serta mendekati penduduk dan paling penting anak muda di kawasan tersebut.
Kuda Kepang semakin berasa kehangatan daripada gerakan-gerakan parti yang inginkan kemenangan buat parti mereka dan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tetapi yang tidak sedapnya, Kuda Kepang dapat tahu ada sesetengah pihak yang melakukan strategi kotor dengan merosakkan bendera, poster dan billboard parti-parti yang bertanding.
Malah, bendera-bendera itu dibakar dan diconteng, digunting oleh sesetengah pihak yang berniat jahat untuk menjatuhkan semangat calon.
Ada juga yang Kuda Kepang dengar, bendera-bendera parti lain dibuang ke dalam longkang.
Sepatutnya, mereka ini sudah matang dalam berpolitik bukan dengan menjatuhkan orang lain menerusi tindakan 'merosakkan’ kehangatan berkempen.
Tidak seronok lah. Jadi Kuda Kepang harap semua parti ini bersaing secara sihat, ingat cerminan parti adalah cerminan calon.
Klik di sini untuk terus membaca