BUKIT Gambir yang saya kunjungi kelmarin adalah salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi rebutan parti-parti politik dalam PRN Johor pada 12 Mac nanti.
Kerusi ini disandang oleh Tan Sri Muhyidddin Yassin sebelum ini.
Kali ini, Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Mohd Solihan Badri mantan wartawan Berita Harian untuk mempertahankannya.
Perang poster di bandar ini rancak. Bendera dan poster di sana sini.
Poster besar Muhyidddin menyambut pengunjung ke Bukit Gambir dan kalau nak ke Muar juga.
Bukti keseriusan Bersatu ingin mengekalkan Bukit Gambir dan sekali gus mengambil alih kuasa di Johor.
Tetapi ia tidak akan diberi laluan mudah oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pun turut mencuba.
Berdasarkan perang poster, pertarungan sengit adalah antara BN dan PN. Kedua-duanya bertanding di 56 kerusi DUN Johor.
Jika salah satu gabungan politik tersebut diberi kemenangan besar maka politik negeri Johor akan stabil.
Lagipun, BN dan PN mempunyai pemimpin yang berpengalaman mentadbir negeri.
Jika tiada kemenangan besar pun politik Johor akan stabil.
Yang penting ada gabungan yang mendapat majoriti mencukupi membentuk kerajaan dan pihak yang berada dalam kalangan pembangkang memainkan peranannya dalam demokrasi.
Jika hukum asas demokrasi ini menjadi pegangan dan dihormati, negeri Johor tidak akan bergolak sekali pun parti yang memerintah tiada majoriti dua pertiga.
* Datuk Dr Chamil Wariya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI)
Klik di sini untuk terus membaca