RAMAILAH kawan-kawan Awang dari negeri Johor yang senyum kambing dengan kenyataan terbaharu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Kata Hadi, Johor kurang kesedaran politik Islam. Oleh sebab itu, orang Johor kurang sokong Pas. Dalam... Klik di sini untuk terus membaca

RAMAILAH kawan-kawan Awang dari negeri Johor yang senyum kambing dengan kenyataan terbaharu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Kata Hadi, Johor kurang kesedaran politik Islam. Oleh sebab itu, orang Johor kurang sokong Pas. Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pas menang satu kerusi sahaja, yang lainnya hilang deposit. Ramailah yang kata Hadi macam pelawak mega, buat jenaka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pemimpin UMNO Johor macam Tan Sri Shahril Samad pun ingatkan Hadi, jangan salahkan orang Johor yang tolak Pas. Politik Islam cara Pas tak laku di Johor, begitulah lebih kurang maksudnya. Lagipun Johor satu-satunya negeri yang ada sistem pendidikan Islam cara formal, bukan stail sekolah pondok. Sistem sekolah agama Johor berjalan seiring dengan pendidikan kebangsaan.

Kata kawan-kawan Awang dari Johor, memang Bangsa Johor kurang minat pada Pas. Oleh sebab itu, Pas susah nak menang di negeri itu. Kali pertama Pas dapat kerusi di Johor adalah di Senggarang pada tahun 2004, itu pun oleh sebab teknikal.

Kata kawan-kawan Awang lagi, Hadi mimpi siang hari kalau boleh dapat lebih daripada satu kerusi dalam PRN kali ini. Tak usahlah nak cari salah orang Johor kerana Pas tak dapat bertapak. Mungkin Hadi kena jawab tohmahan rakyat bahawa pemimpin Pas sekarang sedang mabuk dengan kuasa dan elaun. Sampai terlupa asas perjuangan parti yang kononnya berteras Islam.

Klik di sini untuk terus membaca