SHAH ALAM - Pemenang bertuah peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke tujuh menganggap kejayaan meraih RM2,500 adalah rezeki buat anak ketiganya yang baru lahir empat bulan lalu. Instruktor klinikal, Fakulti Sains Kesihatan,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemenang bertuah peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke tujuh menganggap kejayaan meraih RM2,500 adalah rezeki buat anak ketiganya yang baru lahir empat bulan lalu.

Instruktor klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor (UNISEL), Aiman Afif Roslan, 35, berkata, pada mulanya dia terkejut kerana tidak percaya langganan RM18.60 untuk tiga bulan itu membuahkan hasil yang lumayan.

"Saya tidak tahu pun ada peraduan ini. Saya langgan hanya kerana minat membaca kandungan berita Sinar Premium.

"Berita gembira itu bermula selepas pulang dari kerja dan berborak dengan isteri. Saya mendapat e-mel mengatakan saya adalah pemenang bertuah bagi peraduan Sinar Premium. Saya berasa amat bersyukur dan menganggap ini mungkin rezeki anak yang baru lahir,” katanya ketika dihubungi Sinar Premium.

Tambahnya, jarang sekali dia memenangi sebarang peraduan di dalam hidupnya namun siapa sangka dengan hanya melanggan kurang daripada RM25, Aiman Afif mendapat ‘durian runtuh'.

"Saya baru sahaja melanggan Sinar Premium pada awal tahun dan saya tidak menyangka dapat jadi pemenang bertuah kerana saya jarang memenangi apa-apa peraduan. Kebiasaannya, hanya isteri yang bertuah,” katanya.

Aiman Afif

Selain itu, Aiman Afif berkongsi bahawa dia melanggan Sinar Premium kerana merupakan pembaca setia Sinar Harian kerana berita yang dikeluarkan amat pantas dan mudah dibaca.

"Saya memang pembaca tegar Sinar Harian namun ada beberapa berita yang memerlukan langganan jadi tanpa membuang masa, saya terus melanggan Sinar Premium untuk mengakses semua berita.

"Saya juga boleh membaca berita dengan pantas melalui telefon pintar setiap kali mendapat notifikasi di dalam aplikasi itu. Ini sangat bagus kerana kita boleh peka dan terus melihat berita-berita terkini yang baru dikemas kini,” katanya.

Anak jati Taiping, Perak itu berkata, dia amat menggemari isu-isu politik dan semasa yang disajikan oleh Sinar Premium kerana lebih eksklusif dan menyeluruh.

"Saya suka membaca isu politik dari Sinar Premium terutamanya semasa musim pilihan raya kerana lebih telus dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan berita rutin harian semasa seperti isu banjir tetapi yang paling menarik bagi saya semestinya isu hangat politik. Saya sangat menyarankan pembaca lain untuk melanggan Sinar Premium kerana harganya sangat berbaloi,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca