KUALA LUMPUR - Pas sentiasa membuka pintu seluasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana ahli biasa mahu pemimpin tertinggi parti berkenaan. Ini termasuk mereka memegang jawatan tertinggi seperti... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Pas sentiasa membuka pintu seluasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana ahli biasa mahu pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Ini termasuk mereka memegang jawatan tertinggi seperti anggota Kabinet mahu pun Menteri Besar, exco dan wakil rakyatnya jika terdapat bukti kukuh menunjukkan mereka terbabit dengan kes rasuah, penyelewengan atau pun salah guna kuasa.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau ingin membuat kenyataan terbuka kepada SPRM dan membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka menyiasat wakil rakyat Pas tanpa sebarang halangan.

"Saya memang mengalu-alukan SPRM untuk menjalankan siasatan kerana kita mahu membersihkan parti daripada gejala tidak sihat terbabit," katanya kepada wartawan Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di Parlimen, baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas sedia memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan ada pemimpin tertinggi Pas dan EXCO kerajaan negeri dikatakan terbabit dengan kes penyeleweng, rasuah dan salah guna kuasa dalam isu pembelian Facemask oleh Yayasan Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi juga menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, gagal melaksanakan tugasnya bagi membantu rakyat Terengganu yang dilanda musibah banjir, baru-baru ini.

Abdul Hadi menjelaskan, Menteri Besar bukan sengaja tidak mahu melaksanakan tugasnya, namun kebetulan beliau berada di United Kingdom ketika itu kerana urusan rasmi kerajaan negeri Terengganu.

"Mengenai tuduhan Menteri Terengganu bukan tidak turun padang ketika banjir. Fenomena banjir ini adalah fenomena mendadak dan tidak boleh diramal serta kebetulan pula Menteri Besar Terengganu keluar negara kerana urusan rasmi dan tugas khas di United Kingdom serta tidak boleh balik dengan segera.

"Namun, jentera parti turun membantu rakyat Terengganu yang dilanda masalah banjir. Apa yang menarik Unit Amal Pas turun lebih awal bagi memberikan bantuan dan membantu memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat, sebelum pihak berkuasa termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) belum tiba.

"Apa yang menarik kita membantu di lokasi di mana ATM dan bomba sendiri tidak boleh sampai. Ini kerana sukarelawan Unit Amal Pas yang menyertai misi kemanusian berkenaan terdiri daripada ramai nelayan biasa dengan ombak bergelora lebih dahsyat dari banjir. Justeru, semua tuduhan itu boleh dipadamkan dengan mudah," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca