HAMPIR dua minggu selepas Rusia melakukan serangan, namun tentera Ukraine maish berjaya menghalang kemaraan musuh negara itu melalui tentangan yang telah mendapat pujian daripada sekutu-sekutu Barat.
Penganalisis menyatakan setakat ini prestasi tentera Ukraine jauh lebih baik berbanding pasukan tentera yang jauh lebih unggul itu.
Ini adalah adalah disebabkan oleh kombinasi persiapan, solidariti kebangsaan dan kesilapan yang dilakukan tentera Rusia.
Namun, nasib masa depan masih lagi belum diketahui.
Menurut satu sumber ketenteraan kanan Perancis yang meminta namanya tidak didedahkan kepada AFP, pada asasnya, pergerakan tentera Rusia tidak bergerak dengan amat pantas di Ukraine.
Sumber itu menyatakan bahawa pada suatu ketika tentera Rusia terpaksa menyusun semula kedudukannya tetapi ia bukannya sebagai satu tanda kegagalan.
LIMA KELEBIHAN
Bagaimanapun, terdapat lima kelebihan yang digunakan oleh Ukraine bagi menghentikan kemaraan askar-askar Rusia untuk menguasai Ukraine.
Kelebihan pertama itu ialah Ukraine telah melakukan persediaan yang baik bagi memperkuatkan angkatan tenteranya.
Dengan bantuan Barat, negara itu meningkatkan keupayaan angkatan bersenjatanya setelah tahun 2014.
Keupayaan itu dipertingkatkan selepas Rusia melebarkan penguasaannya di Semenanjung Crimea yang terletak berjiran dengan Ukraine dalam satu operasi ketenteraan dan para pemisah pro-Rusia pula menguasai bahagian timur Ukraine.
Pada tahun 2016, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kiev memulakan program latihan untuk pasukan khas Ukraine yang kini berjumlah kira-kira 2,000 anggota dan mereka dapat membantu para sukarelawan orang awam.
"Penduduk Ukraine telah menghabiskan masa selama lapan tahun yang terakhir dengan merancang, melatih dan melengkapkan diri mereka untuk menentang penjajahan Rusia," kata Douglas London iaitu bekas pegawai kanan operasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS).
Memahami bahawa AS dan NATO tidak akan menyelamatkan Ukraine di medan perang, negara tersebut telah menumpukaan kepada strategi 'pendarahan Moscow' bagi menjadikan penjajahan tidak dapat dikekalkan, tulis veteran CIA itu menerusi artikelnya dalam majalah 'Foreign Affairs'.
PENGETAHUAN TEMPATAN
Kelebihan kedua ialah penduduk Ukraine memiliki pengetahuan tempatan tentang negara mereka berbanding tentera Rusia.
Rusia sebelum ini akrab dengan Ukraine kerana ia merupakan sebahagian daripada Kesatuan Soviet.
Namun, Moscow dianggap telah meremehkan kelebihan pasukan tentera Ukraine.
Ini termasuk tentang pengetahuan bentuk muka bumi negara itu iaitu bilakah laluan boleh berubah menjadi lumpur dan kemampuan jumlah penduduk tempatan yang mengangkat senjata untuk menentang penceroboh di Ukraine.
Dalam senario perang yang tidak teratur, pasukan yang lebih lemah boleh memaksimumkan kelebihan yang mereka miliki berbanding lawan mereka yang lebih kuat seperti kelebihan tentang bentuk muka bumi, pengetahuan tempatan dan hubungan sosial, kata Spencer Meredith iaitu seorang profesor di College of International Security Affairs.
Cabaran akan menjadi semakin meningkat jika berlakunya pertempuran bandar apabila Rusia berusaha untuk menembusi ke dalam bandar raya seperti Kiev.
"Ini mengubah segalanya," kata sumber ketenteraan Perancis yang tidak mahu namanya didedahkan kepada AFP.
Tentera Rusia akan menghadapi masalah di setiap sudut jalan, bangunan demi bangunan, tambahnya lagi.
Kelebihan ketiga ialah perpaduan yang dimiliki oleh penduduk Ukraine.
Diketuai oleh Presiden Volodymyr Zelenskyy yang tetap berada di Kiev walaupun kehidupannya teranca itu ketika Rusia memasuki wilayah ibu kota namun penduduk Ukraine telah menunjukkan ketabahan yang paling mendalam dalam menentang tentera Rusia.
Rakyat biasa telah menjadi sukarelawan dengan menyertai barisan perjuangan tetapi mereka kerap melakukannya setelah memastikan keluarga masing-masing berada dalam keadaan selamat.
Imej-imej yang tersebar menerusi online menunjukkan rakyat biasa membuat bom petrol atau para petani mengheret perkakas-perkakas milik tentera Rusia.
Ukraine tidak mempunyai pilihan lain selain untuk meningkatkan lagi kemampuan perangnya dengan melatih pasukan wilayah dengan cepat dan menggunakan senjata-senjata ringan, kata seorang kolonel tentera Perancis yang sudah bersara, Michel Goya.
Kelebihan keempat ialah kesilapan strategik yang dilakukan tentera Rusia,
RUSIA SALAH STRATEGI
Penganalisis tentera menyatakan bahawa Rusia melakukan kesalahan strategik pada awal pencerobohan yang dilancarkannya pada 24 Februari lalu apabila menghantar terlalu sedikit pasukan tentera darat pada fasa awal.
Tentera darat dan udara juga gagal untuk bekerjasama dalam perang itu.
Ia kelihatan seolah-olah tentera Rusia menjangkakan bahawa ia akan mencapai kejayaan hanya dalam tempoh beberapa hari.
Menurut Michael Kofman iaitu Pengarah Program Pengajian Rusia di Pusat Analisis Tentera Laut di AS, tentera Rusia menyangka akan dapat memasuki Kiev dengan cepat namun sejak awal lagi ia mendapat tentangan yang membawa pertumpahan darah.
"Anggapan itu tidak masuk akal... bagaimanakah anda boleh mengambil (menawan) Kiev dalam tempoh tiga hari? solanya.
Kelebihan kelima dan yang terakhir ialah ketakutan psikologi.
Rusia telah memberitahu seluruh dunia dengan mengerahkan puluhan ribu anggota tentera ditempatkan dekat dengan sempadan dengan Ukraine sebelum peperangan bermula.
Namun, masih tidak diketahui sama ada anggota-anggota tentera itu mengetahui bahawa mereka dihantar untuk berperang ke negara jiran Rusia.
Tom Pepinsky iaitu felo kanan di Brookings Institution menyatakan setakat ini layanan Ukraine terhadap tawanan perang Rusia boleh menjadi lebih kasar ketika tentera Rusia terus memasuki negara itu.
"Tentangan Ukraine akan menjadi paling berkesan jika tentera Rusia bersikap kurang tidur dan cepat terdedah pada reaksi berlebihan," katanya. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca