SHAH ALAM - Pemimpin Perikatan Nasional (PN) percaya parti itu mampu menang sekurang-kurangnya 32 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan syarat peratusan keluar mengundi esok mencecah 80 peratus. Pengarah Operasi Pilihan Raya... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemimpin Perikatan Nasional (PN) percaya parti itu mampu menang sekurang-kurangnya 32 kerusi

kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan syarat peratusan keluar mengundi esok mencecah 80 peratus.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, jika peratusan keluar mengundi Sabtu ini kurang daripada 80 peratus, maka peluang PN menang PRN Johor adalah amat tipis.

Badrul Hisham berkata, ini kerana majoriti penyokong PN adalah terdiri daripada golongan pengundi yang kini bekerja dan menetap di luar Johor dan luar negara.

Beliau berkata, berdasarkan data terbaharu diperoleh menunjukkan ketika ini tiada satu gabungan parti politik sama ada PN, Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Harapan (PH) mampu menguasai undi popular.

"Berdasarkan taklimat terakhir pada Rabu, mendapati jika peratusan keluar mengundi kurang 65 peratus daripada hampir 2.6 juta pengundi secara keseluruhannya maka BN akan menang selesa. Berikutan itu, kita kena kerja keras bagi memastikan peratusan keluar mengundi melebihi 75 hingga 80 peratus ke atas bagi memastikan BN kalah dalam PRN Johor kali ini.

"Justeru itu, tumpuan gerak kerja dan kita minta bantuan media kerana hanya satu cara sahaja untuk menewaskan BN dan UMNO adalah dengan mengerakkan pengundi supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai peluang PN untuk menang PRN Johor nanti.

BADRUL HISHAM

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, tindakan itu perlu kerana data menunjukkan majoriti pengundi PRN Johor adalah terdiri daripada pengundi luar sama ada luar negara mahu pun mereka yang berkerja di luar kawasan daerah mengundi.

Sebagai contoh, Badrul Hisham berkata, sebahagian besar pekerja kilang di Mersing dan Pasir Gudang adalah terdiri daripada pengundi dari luar daerah terbabit termasuk dari Tenggaroh dan Endau.

"Jadi jika majikan hanya memberikan masa hanya dua jam untuk balik mengundi maka mereka tidak akan berbuat demikian kerana masa terlalu singkat. Mereka memerlukan pengecualian sekurang-kurangnya empat jam atau setengah hari daripada majikan untuk balik mengundi di kawasan daerah mengundi masing-masing.

"Justeru itu, PN berharap majikan lebih bertimbang rasa dan memberikan cuti separuh hari kepada pekerja di Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab dan mengundi calon pilihan masing-masing sama ada PN, BN, PH mahu pun calon bebas," katanya.

Terdahulu, Badrul Hisham melahirkan rasa gembira kerana kempen PN berjalan lancar biarpun kita menghadapi masalah dari segi kekangan SOP ditetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan SPR.

"Bagaimanapun, kita tengok UMNO/BN banyak menggunakan jentera dan Program Kerajaan Persekutuan untuk bantu kempen. Sepatutnya kita tidak boleh guna jentera dan program menggunakan peruntukan kerajaan dan wang rakyat untuk berkempen.

"Bagaimanapun kita dapat lihat maklum balas diterima daripada rakyat dan pengundi Johor terhadap PN semakin baik setiap hari. Kita menjangkakan cabaran paling besar kita ialah adalah untuk memastikan seramai mungkin rakyat Johor mengundi pada Sabtu ini," katanya.

Dalam pada itu, secara umumnya jentera PN sudah menemui lebih 60 peratus daripada hampir 2.6 juta pengundi pada PRN Johor kali ini dan maklum balas mereka amat positif dengan kempen memasuki gear lima dan enam pada pada hari terakhir.

Klik di sini untuk terus membaca