SHAH ALAM - Pola pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka lebih baik berbanding PRN Melaka sebelum ini. Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ia berikutan terdapat petunjuk bahawa keinginan pengundi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pola pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka lebih baik berbanding PRN Melaka sebelum ini.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ia berikutan terdapat petunjuk bahawa keinginan pengundi menjadi semakin meningkat secara semula jadi selepas beberapa isu berdasarkan dapatan kajian dilakukan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun menurutnya, sukar untuk menentukan purata umur yang akan keluar mengundi berdasarkan faktor kepelbagaian demografi bagi satu-satu kawasan di negeri itu.

"Ini kerana kepelbagaian demografi amat sukar untuk kita tentukan satu penanda aras purata umur yang akan keluar mengundi kerana sesetengah bahagian khususnya di bahagian Pantai Timur Johor kebanyakan pengundi luar tidak memberi kesan yang besar.

"Jadi kita menjangkakan bagi kawasan ini peratusan mengundi keluar akan tinggi terutamanya kawasan didominasi oleh pengundi-pengundi Melayu yang melebihi 80 peratus.

"Pada masa sama kawasan selatan, mungkin berdepan cabaran pengundi berada di luar negeri Johor terutamanya di Singapura untuk kembali mengundi," katanya ketika menjadi panelis Program Wacana Edisi ke-328 bertajuk 'Last Kick Off' Untuk Bangsa Johor disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program dikendalikan oleh Nani Roslan itu turut menampilkan Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun; Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor, Hilman Idham; dan Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Saleh Hudin sebagai panelis.

Hamidin menambah, meskipun pola pengundian PRN Johor dijangka lebih baik, golongan muda masih lagi jauh untuk berada di depan untuk menjadi penentu bagi pola pengundian

"Tetapi mereka terlibat sangat aktif dalam kempen PRN Johor kali ini. Sejauh mana keaktifan mereka itu akan diterjemahkan kepada kertas undi, amat menarik untuk kita perhatikan," katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak golongan muda kini semakin celik politik dan mampu menjadikan mereka sebagai kumpulan penting bagi menentukan pola pengundian di Malaysia pada masa akan datang.

Klik di sini untuk terus membaca