SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menyeru agar rakyat negeri Johor tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada Sabtu. Setiausaha PN Selangor, Hilman Idham berkata, ini kerana,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menyeru agar rakyat negeri Johor tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada Sabtu.

Setiausaha PN Selangor, Hilman Idham berkata, ini kerana, sekiranya mengundi BN, ia bermakna mereka setuju untuk membebaskan kluster mahkamah di dalam parti tersebut.

"Kita tahu, mengapa PRN Johor dilaksanakan. Sebab mereka mahu adakan PRU (Pilihan Raya Umum) segera sebelum kluster mahkamah dijatuhkan hukuman.

"Ini supaya Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh jadi Perdana Menteri dan bantu kluster mahkamah yang lain.

"Sebab itu PN lakukan ikrar anti rasuah. Memang saya kira, semua rakyat mahukan kerajaan atau pemimpin yang berintegriti. Tiada rakyat yang mahukan pemimpin tidak berintegriti. Ini kerana integriti akan menjamin kemakmuran dan kemajuan setiap negeri mahupun negara.

"Bagi kami di PN, integriti itu merupakan suatu komitmen kami untuk mempertahankan prinsip serta idealisme perjuangan kami,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke-328 yang bertajuk Last Kick Off Untuk Bangsa Johor yang disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian pada Jumaat.

Wacana Sinar edisi ke-328 yang bertajuk Last Kick Off Untuk Bangsa Johor yang disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian pada Jumaat

Turut menjadi panelis, Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid; Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun; Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin dan moderator, Nani Roslan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, integriti tidak mencukupi dalam memerintah sebuah negeri mahupun negara, oleh itu, PN menjanjikan kerajaan yang efektif dalam membantu dan memberi perhatian kepada nasib rakyat.

‘’Sebab rakyat pada hari ini dilanda pandemik Covid-19, bukan sahaja berdepan krisis kesihatan, tetapi krisis ini telah mengherat sekalian rakyat dalam krisis lebih besar iaitu ekonomi.

"Oleh itu, rakyat mendambakan sebuah kerajaan yang efektif. Yang dapat membantu, prihatin kepada nasib atau keluhan hati nurani setiap rakyat. Kita harus memberikan keutamaan kepada usaha menangani Covid-19.

"PN juga akan berusaha merancakkan atau memastikan pemulihan ekonomi dapat berjalan dengan lancar. Kita tidak boleh untuk terus main politik seperti ini dalam keadaan rakyat di bawah susah dan menderita,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca