RAMAILAH orang berasa hairan mengapa begitu hebat tarikan Bossku mantan Perdana Menteri.
Ke mana-mana dia pergi di Johor, orang berpusu-pusu di sekelilingnya. Mengalahkan dia Perdana Menteri (PM) lagi. Banyak juga yang garu kepala pasal fenomena populariti Bossku mantan PM ini. Apakah yang punca populariti terlampau itu? Malah ada yang kata beliau punca utama kemenangan UMNO/BN di Melaka. Dan akan jadi salah satu penyebab kemenangan UMNO/BN di Johor juga. Pemimpin parti lawan keluarlah macam-macam teori mengapa Bossku mantan PM begitu popular.
Ada yang sindir dengan mengatakan orang ramai nak dekati 'bakal banduan'.
Ada yang kata, mereka saja ingin tahu. Ada juga yang kata, tak hairan dia popular oleh sebab dia mantan PM.
Ada pihak yang anggap itu bukti kehancuran sistem nilai dalam masyarakat, terutama orang Melayu. Mereka sudah keliru siapa yang patut disanjung dan dihormati. Orang yang terbukti oleh dua peringkat penghakiman sebagai bersalah hari ini jadi hero masyarakat. Orang inilah yang dituduh menyebabkan skandal kewangan terbesar negara malah di dunia.
Awang rasa memang banyak yang iri hati dengan 'kehebatan' Bossku mantan PM dalam hal ini. Salah siapa?
Awang rasa strategi mereka menghadapi Bossku mantan PM yang salah.
Klik di sini untuk terus membaca