HARI ini, Bangsa Johor mengundi. Pada pendapat Awang, ini pilihan raya negeri (PRN) yang tidak perlu.
UMNO nak buktikan mereka ada sokongan besar di Johor. Parti itu percaya kejayaan di Melaka akan berulang. Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO akan menang besar lagi.
Banyaklah yang ramal BN akan rampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka tewas pada pilihan raya umum (PRU) 2018. Lagi pula terlalu banyak parti bertanding melawan BN.
Jadi harapan untuk Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Warisan dan Muda nampak tipis. Dalam PH, nak guna logo bersama pun tak boleh sepakat.
Tapi jangan ambil ringan Bangsa Johor. Memang dulu mereka taksub dengan UMNO dan BN. Tapi setelah 2018, kita tidak tahu ke mana sokongan mereka. Parti lain nampaknya kuat juga pengaruh di Johor. Kita tak tahu sokongan Undi18 kali ini. Jadi UMNO dan BN jangan sangka ini PRN mudah bagi mereka.
Awang yakin Bangsa Johor akan buat pilihan yang betul. Ini bukan soal jaminan kestabilan politik tapi memilih kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
Apa gunanya kestabilan kalau duit rakyat disapu tanpa peduli. Buat apa pilih pemimpin yang kita tahu gunakan alasan kestabilan untuk salah guna kuasa.
Awang harap Bangsa Johor hantar mesej yang jelas. Tak kiralah dari parti mana calon itu asalkan dia bersih.
Klik di sini untuk terus membaca